Keburukan Merempit Di Jalan Raya

Keburukan Merempit Di Jalan Raya

Merempit adalah satu perbuatan yang dilakukan dengan menunggang motosikal di jalan raya secara tidak mengikut peraturan jalan raya. Ia dilakukan secara oleh lebih daripada seorang pada waktu siang atau malam.

Sitiasi ini lebih tertumpuh dilakukan oleh golongan remaja dan juga masih bersekolah. Mereka bukan saja merempit, malahan adakalanya mengambil dan dipengaruhi oleh barang - barang terlarang dan memabukkan. 



Keburukan Merempit Di Jalan Raya




Lazimnya, terdapat banyak keburukan apabilaerempit di jalan raya, antaranya;


  • Kepada diri sendiri
Kecelakaan di luar jangka yang berlaku akan di alami oleh diri sendiri, seperti kemalangan semasa merempit boleh mengakibatkan kecacatan anggota badan. Dalam masa sama, ia merugikan diri sendiri kerana di masa mendatang tidak dapat melakukan kerja - kerja dengan baik apabila, contohnya anggota kaki atau tangan patah. Selain daripada itu, diri sendiri juga akan dikenakan tindakan undang - undang seperti saman dan penjara.


  • Kepada pengguna jalan raya yang lain
Merempit lazimnya adalah merbahaya dan boleh menganggu serta mengancam pengguna jalan raya yang lain. Kemalangan jalan raya mungkin berlaku seperti perlanggaran antara satu sama lain. Situasi kerugian akan dialami oleh pengguna lain  kerana kenderaan yang rosak anggara dilanggar oleh perempit. Perbelanjaan pasti akan bertambah kerana memperbaiki kenderaan dan juga tuntutan insuran yang tinggi.


  • Kepada pihak penguatkuasa (polis trafik, jpj)
Pengawalan ketat setiap hari dan lewat malam akan dilakukan oleh pihak berkuasa, samaada oleh jabatan pengangkutan jalan (jpj) atau polis trafik. Penguatkuasa terpaksa membuat rindaan dan sekatan secara berterusan atau berkala demi membenteras gejala rempit dikalangan remaja. Situasi ini sudah pasti memerlukan kos yang tinggi dikalangan penguatkuasa dan juga tenaga pekerja yang ramai diperlukan. Perempit yang dapat diberkas akan dipenjarakan dan diurus mengikut prosesing yang ditetapkan iaitu teroaksa melalui mahkamah dan penyediaan dokumen berkaitan untuk disabit kesalahan.


  • Kepada pihak keselamatan (kesihatan)
Selain daripada itu, kecederaan yang dialami oleh perempit akan dirawat di hospital dan memerlukan kos seperti pengangkutan ambulan dan perubatan. Dalamasa sama, petugas doktor dan jururawat akan bersilih ganti merawat mangsa perempit yang ditempatkan dihospital sehinggah baik sebelum di kenakan tindakan undang - undang. 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan