Rasuah adalah satu perbuatan yang dilakukan secara tersembunyi dengan mengambil wang melalui kaedah atau cara yang salah serta melanggar peraturan undang - undang yang telah ditetapkan oleh sesebuah negara.
Perbuatan rasuah bukan sahaja memberi kesan kepada si pelaku yang mana selain daripada tindakan undang - undang dikenakan, ia juga terkait kepada yang lainnya, dan berikut adalah beberapa kesan buruk rasuah, antaranya;
- Jenayah yang membawa kepada pergaduhan dan pembunuhan
Rasuah sememangnya meninggalkan banyak kesan negatif seperti kepada jenayah yang boleh membawa kepada pergaduhan dan pembunuhan. Hal sedemikian terjadi kerana apabila harta yang ingin dikecapi memguasai diri segala macam tindakan boleh dilakukan, lebih - lebih lagi sekiranya sebelah pihak tidak memberikan kerjasama dalam sesuatu urusan yang dilakukan.
- Kemelesetan ekonomi sesebuah negara
Kemelesetan ekonomi akan berlaku secara mendadak, apabila sesebuah negara berkenaan mencatatkan amalan rasuah yang tinggi dan berterusan. Hal berkenaan juga akan buruk di mata masyarakat dunia luar. Tambahan daripada itu, pelabur - pelabur asing tidak berminat untuk melabur perniagaan di negara berkenaan. Selain kepada kesan kejatuhanata wang, ia juga memberi impak kepada pendapatan serta ekonomi isi rumah para penduduk.
- Kepada rakyat jelata atau penduduk di negara berkenaan
Kesan rusuah yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab juga memberi kesan kepada seluruh rakyat jelata atau penduduk di kawasan berkenaan. Situasi ini kerana, ramai rakyat akan menganggur kerana kehilangan pekerjaan. Hal terjadi bukan sahaja kejatuhan mata wang, malahan keupayaan atau kemampuan sesebuah syarikat membayar pekerja tidak lagi dapat dilakukan.
0 Comments