Kedai gunting adalah satu perusahaan yang dilakukan secara bersendirian atau kumpulan. Ia boleh di mulakan secara kecil - kecilan atau besar - besaran. Lokasi yang strategik serta perkhidmatan yang baik mampu menyumbang kepada peningkatan pelanggan dari masa ke semasa
Lazimnya, terdapat banyak kelebihan perusahaan kedai gunting, antaranya berikut;
Kelebihan Perusahan Kedai Gunting |
- Kos permulaan dan pembiayaan yang sederhana
Kedai gunting tidak memerlukan kos yang tinggi kepada perkakas atau peralatan yang dilakukan. Hanya mesin potong rambut dan yang lainnya sahaja.
- Hanya memerlukan kepakaran dan kebolehan
Kepakaran adalah sangat penting apabila membuka perusahaan kedai gunting kerana style atau fesyen rambut yang dikehendaki oleh pelanggan adalah berbeza - beza.
- Belanja bulanan yang seimbang
Pembiayaan bulanan juga adalah seimbang dan mampu di tanggung. Hal ini kerana hanya melibatkan kos elektrik, pekerja (jika memerlukan pekerja) dan sewa tapak (jika menyewa tapak).
- Mempunyai permintaan di pasaran yang tinggi
Pelanggan sentiasa berterusan kerana rambut akan sentiasa panjang dan perlu di kemaskini agar seseorang kelihatan bergaya. Permintaan akan melambung di musim perayaan atau keramaian atau bermulanya musim sekolah.
- Dapat mengeratkan ikatan silaturrahim dengan baik
Perusahaan ini juga secara tidak langsung mampu mengeratkan ikatan silaturrahim antara pekerja dengan pelanggan yang datang. Kenal mengenali dapat dilakukan dengan lebih harmoni.
- Memberi peluang pekerjaan kepada yang memerlukan
Memulakan perniagaan kedai gunting rambut memberi peluang pekerjaan kepada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.
0 Comments