Manfaat Melancong Berkumpulan

Manfaat Melancong Berkumpulan

Melancong adalah satu aktiviti atau perbuatan yang dilakukan dengan melawat kawasan - kawasan yang menarik samaada di dalam negara mahupun di luar negara.

Aktiviti ini boleh dilakukan secara solo atau berkumpulan (bersama rakan taulan atau keluarga).


Manfaat Melancong Berkumpulan



Lazimnya, terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi jika melancong secara berkumpulan, antaranya;


  • Keselamatan
Melancong secara berkumpulan adalah lebih selamat berbanding secara bersendirian. Situasi yang tidak diduga sebagai contoh jik sesat dalam perjalanan, atau tertipu oleh orang lain, boleh di atasi jika ada teman seperjalanan. Dalam pada itu, bantuan mudah diperolehi jika ada teman bersama.

  • Ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan juga dapat ditingkatkan dengan lebih mantap jika berjalan secara berkumpulan. Hal ini kerana, rakan - rakan yang lain sudah pasti mempunyai pelbagai dan berbeza maklumat atau pendapat tentang sesuatu destinasi yang dituju.

  • Penjimatan
Penjimatan juga dapat dirasai, khususnya penjimatan kepada wang ringgit. Perbelanjaan seperti penginapan dan pengangkutan dapat dikongsi secara bersama. Dalam pada itu, jika mengalami kekurangan duit, rakan yang lain secara tidak langsung dapat membantu dengan memberi pinjam.



Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian