Manfaat Menunggu Waktu Isyak Di Masjid

Manfaat Menunggu Waktu Isyak Di Masjid

Tempoh solat fardhu magrib dengan solat fardhu isyak adalah singkat, dan tidak seperti jarak dengan solat fardhu yang lain. 

Oleh itu, apabila masuk waktu solat magrib haruslah di segerakan bagi mengelakkan tidak sempat serta kalam kabut, apatalgi di saat - saat akhir, bacaan surah adakalanya terpaksa dibaca dengan nada yang laju.

Lazimnya, setelah selesai menunaikan solat fardhu magrib, terdapat jemaah yang menunggu di dalam masjid untuk sokat fardhu isyak secara berjemaah. Namun ada juga yang pulang ke rumah atau ke mana - mana. 



Manfaat Menunggu Waktu Isyak
Di Masjid



Tahukah kita, di waktu yang singkat antara magrib dan isyak terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi apabila duduk di dalam masjid sambil menunggu masuknya solat fardhu isyak, antaranya;

  • Mendengar majlis ilmu yang di sampaikan oleh para ulama bertauliah
Mendengar serta memahami maklumat - maklumat keagamaan yang disampaikan oleh para ulama adalah sangat bermakna dan ia adalah ilmu yang tidak ada tolok bandingnya. Ia bukan sahaja percuma, malahan dalam masa sama dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kendiri dengan lebih mampan. Selain daripada itu, dengan hanya mendengar dan memahaminya ilmu yang disampaikan, secara tidak langsung akan mendapat ganjaran pahala dari Allah SWT.

  • Membaca kitab suci al - quran
Semasa menunggu masuknya solat fardhu isyak. Manfaat seterusnya adalah dengan membaca kita suci al - quran. Tindakan sedemikian bukan sahaja menambah ganjaran pahala, namun secara tidak langsung ilmu pengetahuan keagamaan dalam diri akan lebih menebal dan juga tahap bacaan akan bertambah baik dari masa ke aemasa. Dalam masa sama, dengan membaca al - quran, rohani akan merasa lebih tenang dan sentiasa gembira apabila ditimpa dan berhadapan dengan masalah atau musibah.

  • Melakukan iktikaf di dalam masjid
Sebagaimana yang kita ketahui, iktikaf adalah satu perbuatan mendiamkan diri di masjid, dengan erti kata lain muhasabah diri tanpa melakukan apa2. Iktikaf, adalah sangat baik, bukan sahaja kepada kesihatan dalaman anggota badan, malahan ia juga mendidik diri agar lebih tenang dan dapat menilai corak kehidupan diri dengan lebih positif dan negatif serta memperbaikinya dari masa ke semasa.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan