Pendidikan tidak rasmi adalah satu cabang pendidikan yang diperolehi oleh seseorang menerusi saluran tidak rasmi. Pendidikan ini diperolehi samaada secara sengaja atau tidak sengaja.
Lazimnya, sumber pendidikan terbahagi kepada dua iaitu pendidikan rasmi dan tidak rasmi.
Pendidikan Tidak Rasmi |
Pendidikan tidak rasmi, diperolehi daripada pelbagai sudut, antaranya didikan ibu bapa, adik beradik, saudara, rakan taulan, saliran media elektronik, media cetak, dan lain - lain lagi
Pendidikan tidak rasmi, tidak mendapat penganugerahan atau pengiktirafan seperti sijil yang lazimnya diperolehi apabila menamatkan pengajian di sekolah atau institusi pengajian tinggi.
Dalam pada itu, pendidikan tidak rasmi tidak menjamin kepada peluang pekerjaan samaada di sektor kejaraan mahupun swasta. Pendidikan ini juga diperolehi secara terus tanpa ada sekatan atau peraturan yang ditetapkan.
Kelebihan mendapat pendidikan secara tidak rasmi:
- Ilmu pengetahuan bertambah dalam pelbagai aspek dan sumber.
- Jalinan sesama manusia secara tidak langsung dapat dieratkan dengan harmoni dan mampan.
- Tidak memerlukan kos atau perbelanjaan.
0 Comments