Petua Lulus Temuduga Kerja

Petua Lulus Temuduga Kerja

Temuduga adalah satu perbuatan yang dilakukan dengan menghadiri ujian secara lisan atau bertulis, samaada secara fizikal atau online bagi tujuan untuk dinilai tahap kemampuan serta kebolehan ilmu pengetahuan diri serta perkara yang lainnya oleh  penilai atau penemuduga bagi sesuatu kerja atau pendidikan yang dimohon.

Proses temuduga untuk sesuatu kerja atau pendidikan adakalanya melibatkan beberapa peringkat atau tapisan. Oleh itu saingan yang sengit pasti akan dihadapi kerana calon - calon yang hadir mungkin berlatar belakangkan pengalaman serta mempunyai hubung kait dengan penemuduga dan juga yang lainnya.



Petua Lulus Temuduga Kerja




Justeru itu, berikut adalah beberapa petua lulus temuduga khususnya kerja yang mungkin berguna dan sebagai panduan apabila menghadapi sesi temuduga;


Kenal pasti jenis jawatan kerja yang diperolehi.

Mengetahui gred dan jenis jawatan terlebih dahulu adalah sangat penting agar segala persiapan serta persediaan dapat dilakukan dengan lebih lancar. Dalam pada itu, dengan mengetahui lebih awal sebelum temuduga, ia membantu untuk memantapkan mental dan fizikal lebih awal, sebagai contoh jika gred dan kerja berkenaan memerlukan ujian fizikal, oleh itu amat perlulah untuk melakukan latihan sentiasa sebelum menghadiri temuduga.


Mantapkan ilmu pengetahuan dengan lebih mampan 

Setelah mengetahui jenis pekerjaan, maka adalah lebih baik untuk memantapkan ilmu pengetahuan teori, khususnya maklumat - maklumat berkaitan jawatan berkenaan. Dalam masa sama, perlu tahu juga isu - isu semasa yang berkaitan dan umum. Hal ini sangat penting kerana kadang - kadang penemuduga adakalanya bertanyakan soalan - soalan di luar skop kerja berkenaan, atau lebih dikenali soalan umum.


Pakai pakaian kemas, segak bergaya serta elok dipandang

Semasa menghadiri sesi temuduga, adalah sangat penting memakai pakaian yang kemas, segak, bersih dan elok dipandang. Penampilan yang mampan menunjukkan emej lebih utuh dan berkeyakinan serta berintegriti dalam apa juga perkara. Hal sedemikian secara tidak langsung membuatkan penemuduga tertarik dengan anda.


Berdoa

Doa, seperti yang diketahui ramai adalah salah satu senjata utama untuk mendapatkan sesuatu perkara yang baik. Oleh yang demikian, sebelum melangkah ke luar rumah untuk temuduga, berdoalah twrlebih dahulu agar segala urusan dan rezeki temuduga dipermudahkan dengan lancar. 


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan