Plums Laluan Pengajian Fleksibel

Plums Laluan Pengajian Fleksibel

Sepanjang pengajian di Universiti Malaysia Sabah (UMS) khususnya mengikuti program ijazah sarjana pentadbiran perniagaan secara kerja kursus, kendalian PLUMS memberi peluang dan ruang terbaik untuk diri ini menamatkan pengajian di peringkat berkenaan dan seterusnya bergelar alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Pembelajarannya yang fleksible dimana kuliah dikendalikan pada hari biasa dan sebelah malam serta sabtu siang, sangat membantu untuk diri ini dapat membahagikan masa bekerja, keluarga dan pembelajaran dengan baik dan sistematik.

Dikongsikan cerita, bermula dalam tahun 2014, saya memberanikan diri untuk mendaftar sebagai pelajar pascasiswazah dalam program ijazah sarjana pentadbiran perniagaan mod secara kerja kurus. Walaupun risau mulanya dengan kekangan kerja, namun apabila dua ke tiga minggu terasa seronok kerana masa yang dijadualkan tidak berlanggar dengan hari bekerja dan keluarga.

Dalam masa sama, kepintaran minta mengatur serta menyusun jadual kehidupan dengan sistematik sangat membantu menamatkan pengajian mengikut jadual yang ditetapkan. Saya mendaftar untuk mengikuti pengajian dalam program berkenaan selama dua tahun secara separuh masa, dan tamat dengan jayanya.

Selain daripada kaedah kuliah yang fleksible, program kendalian PLUMS seperti MBA yang saya ikuti dulu, sangat menyeronokkan kerana akan berjumpa dengan pelajar - pelajar dari dalam dan luar negara serta berpengalaman dalam pelbagai industri. Hal sedemikian secara tidak langsung membantu diri saya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan daripada pengalaman rakan - rakan sekelas yang lain.

alumni

Plums Laluan Pengajian Fleksibel




Dipendekkan cerita, tidak rugilah jika anda mempunyai keinginan atau cita - cita untuk meningkatkan pengajian dalam program ijazah sarjana secara kerja kursus khususnya di Universiti Malaysia Sabah, khususnya juga pada program - program kendalian pejabat PLUMS.  Maklumat lanjut boleh google laman web PLUMS untuk mendapatkan maklumat - maklumat program yang ditawarkan setiap sesi kemasukan atau menghubungi pejabat pentadbiran berkenaan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia