Plums Tawar Rebat 10 Peratus Yuran Pengajian

Plums Tawar Rebat 10 Peratus Yuran Pengajian

KOTA KINABALU, SABAH: Pusat Luar UMS atau singkatannya PLUMS merupakan salah satu pusat yang telah lama diwujudkan di dalam UMS dan dipertanggungjawabkan mengendali program - program Universiti secara komersial, melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat.


Kewujudan Plums banyak membantu serta memberi ruang dan peluang kepada semua lapisan masyarakan di negeri Sabah khususnya meningkatkan tahap pengajian walaupun sedang bekerja. Peluang bekerja sambil belajar bukan lagi asing pada masa kini. Dalam masa sama, Plums juga telah melahirkan ramai graduan - graduan yang cemerlang dalam pelbagai bidang samaada dalam aliran sastera mahupun sains.



Plums Tawar
Rebat 10 Peratus Yuran Pengajian



Menurut Sabah Media, Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS) menawarkan pemberian rebat yuran pengajian sebanyak 10 peratus kepada alumni, kakitangan dan tanggungan kakitangan UMS yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) atau Ijazah Sarjana (Secara Kerja Kursus / Mod Campuran).


Menurut kenyataan PLUMS, pemberian rebat tersebut bukan sahaja menjimatkan kos pembelajaran, malahan membantu mengatasi kos sampingan seperti logistik, penginapan dan lain-lain yang berkaitan.

Kaedah pembelajaran juga fleksibel iaitu kuliah hujung minggu dan pada waktu malam, secara tidak langsung menjadikan program kendalian PLUMS sesuai untuk semua pihak khususnya kepada calon-calon pelajar yang sedang bekerja.

sumber: sabahmedia


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia