Saluran Permohonan Pengajian UMS

Saluran Permohonan Pengajian UMS

Universiti Malaysia Sabah (UMS) adalah universiti ke sembilan di tubuhkan di negara ini dan merupakan Universiti dalam taman. UMS yang terletak di Negeri Sabah menawarkan pelbagai program di peringkat Ijazah Sarjana Muda, ijazah Sarjana dan Doktor Falsafah (PHD).

Panorama UMS yang indah dikelilingi pelbagai flora serta kiri dan kanan pemandangan Gunung Kinabalu dan Laut China Selatan membuatkan UMS sentiasa menjadi pilihan ramai untuk mengikuti pengajian di pelbagai peringkat.



Saluran Permohonan Pengajian UMS




Mari dikongsikan bersama saluran yang ada tentang bagaimana untuk memohon serta mengikuti pengajian di UMS dalam pelbagai peringkat dan kaedah pembelajaran, antaranya;

  • Saluran UPU
Saluran UPU, adalah saluran umum untuk kemasukan ke semua universiti awam yang terdapat negara ini. Permohonan boleh dibuat dengan melayari laman web mohe. Konsep pembelajaran melalui saluran ini adalah sepenuh masa dengan kuliah dilaksanakan setiap hari (isnin hinggalah jumaat) secara bersemuka.

Program yang ditawarkan melalui saluran ini adalah di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).

Maklumat terperinci tentang program ijazah sarjana muda (kepujian) di UMS boleh layari laman web Pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA).


  • Saluran Pengajian Kuliah Hujung Minggu (Degree dan Master kerja kursus)
Saluran ini adalah saluran terus ke UMS dan ia dikendalikan oleh pejabat PLUMS. Permohonan boleh dilakukan dengan melayari laman web Pejabat Pusat Luar UMS (PLUMS).

Konsep pembelajaran dilaksanakan pada siang hari sabtu dan ahad sahaja, namun sesetengah program kuliahnya dilakukan sebelah malam. Program - program yang ditawarkan adalah diperingkat ijazah sarjana muda / degree dan ijazah sarjana /master (secara kerja kursus).


  • Saluran SATUMS
Saluran satums adalah satu saluran terkini dan terus ke UMS, ia juga diletakkan dibawah kelolaan pejabat PLUMS. Program yang ditawarkan dari pelbagai bidang dan meliputi semua fakulti. Kuliah di lakukan secara sepenuh setiap hari dan sama / akan bergabung dengan pelajar - pelajar dari saluran UPU.

Cara memohon, calon - calon boleh melayari laman web Pejabat Pusat Luar UMS (PLUMS) dari masa ke semasa.


  • Saluran Pengajian PHD Dan Master Penyelidikan
Saluran untuk mengikuti pengajian diperingkat PHD dan master (mod penyelidikan) boleh dilakukan dengan melayari laman web pejabat Pusat Pengajian Pascasiswazah (PPPS).

Kaedah pengajian saluran ini adalah secara jarak jauh, tanpa ada kuliah bersemuka. Pelajar hanya bertemu dengan penyelia masing - masing untuk penyediaan tesis

Saluran ini juga adalah saluran terus ke UMS dan dibawah pentadbiran Pejabat Pengajian Pascasiswazah. Program - program yang ditawarkan meliputi pelbagai bidang dari semua Fakulti di UMS.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia