Tindakan Setelah Tamat SPM

Tindakan Setelah Tamat SPM

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah salah satu sijil yang di ambil dan di duduki oleh para pelajar yang berada di tingkatan lima di Sekolah Menenggah kerajaan mahupun swasta.

Sijil SPM adalah sangat penting dan merupakan tiket yang digunakan oleh pelajar untuk melangkah ke tingkat seterusnya, samaada untuk menyambung pengajian atau bekerja.

Oleh itu, berikut adalah beberapa tindakan yang boleh menjadi panduan kepada para pelajar yang telah menamatkan pengajian dan memdapat sijil SPM, antaranya:

  • Mendaftar ke tingkatan enam atau Universiti atau Kolej
Lazimnya, dengan keputusan yang terbaik yang diperolehi oleh para pelajar ia adalah satu peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. Di usia remaja ada baiknya memantapkan lagi ilmu pengetahuan teori dalam pelbagai aspek, ia bukan sahaja untuk diri sendiri malahan menyumbang kepada negara melalui pengeluaran modal manusia yang berintegriti, enovatif dan intelektual dalam pelbagai bidang.

  • Memulakan kerjaya / bekerja
Memulakan kerjaya adalah pilihan kedua sebenarnya. Situasi ini dilakukan adakalanya faktor isi rumah iaitu kemampuan kewangan keluarga, memaksa pelajar menangguhkan untuk meneruskan pengajian keperingkat lebih tinggi dengan memulakan kerja terlebih dahulu demi membiayai serta membantu keluarga.

Dalam masa sama, terdapat juga yang memilih untuk bekerja kerana minat serta faktor keputusan peperiksaan yang tidak memberansangkan dan tidak melayakkan diri untuk meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.



- bertindaklah dengan lebih bijak, gunakan akal fikiran sewajarnya agar hasil yang diperolehi memberi kepuasan dan bermanfaat kebaikan kepada diri sendiri, keluarga dan seterusnya menyumbang kepada bangsa, agama dan negara-

Tindakan Setelah Tamat SPM




Justeru daripada itu, demi cita - cita dan minat ada baiknya sentiasa meningkatkan pengajian, walaupun tertangguh atau lambat. Ianya sangat penting demi masa hadapan agar menjadi insan yang mantap dalam ilmu pemgetahuan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Cara Meningkatkan Ilmu Pengetahuan Diri