Taska atau lebih dikenali sebagai pusat asuhan kanak - kanak sangat membantu dan memudahkan kerja - kerja harian khususnya ibu bapa yang bekerja sepenuh masa. Dalam erti kata lain, ia adalah tempat untuk meletakkan anak - anak apabila ibu bapa pergi dan sedang bekerja.
Taska adakalanya disediakan di jabatan - jabatan tempat bekerja dan ada juga yang di usahakan oleh pengusaha secara persendirian. Kadar bayaran adalah tertakluk kepada yang ditetapkan.
Justeru daripada itu, hari demi hari isu penderaan kanak - kanak di taska semakin hangat, ada yang di ikat, ada yang tidak diberi makan, malahan ada juga kes sehingga kepada kematian.
Tip Simpan Anak Di Taska |
Lazimnya, rata - rata ibu bapa yang menyimpan anak - anak mereka di taska tidak terkecuali merasa bimbang kerana pemantauan yang tidak secara terus. Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa tip bersama apabila hendak meletakkan anak - anak di taska, antaranya:
- Ketahui kualiti taska berdasarkan pengalaman orang lain
Semasa meletakkan anak - anak di taska, ada baiknya buat semakan dan kajian terlebih dahulu akan kualiti layanan pekerja taska berkenaan. Ambil kira pengalaman - pengalaman orang lain dan juga kesesuaian taska berkenaan. Dalam masa sama, lihat lebih dekat perilaku atau tabiat pekerjanya samaada dari golongan warganegara tempatan atau dari negara luar.
- Logistik atau lokasi
Lokasi taska perlu diambil kira bagi memudahkan penghantaran dan pengambilan anak - anak dengan mudah dan cepat, apatalagi jika berlakunya situasi yang tidak di ingini atau di luar jangkaan. Lokasi yang dekat dengan tempat kerja adalah sangat baik dan strategik.
- Kemudahan dan peralatan taska
Kemudahan dan peralatan taska seperti kelengkapan cctv (perakam kamera) serta kawasannya yang berpagar adalah sangat penting demi keselamatan anak - anak sepanjang seharian ditempatkan di taska. Dalam masa sama, kebersihan taska juga sangat penting bagi memastikan pengudaraan yang sihat. Persekitaran dan suasana taska yang baik sudah pasti terhindar dari segala pencemaran.
0 Comments