Ciri - Ciri Adab Yang Mulia

Ciri - Ciri Adab Yang Mulia

Definisi adab adalah luas skopnya dan merangkumi pelbagai aspek, baik kepada perbuatan dan juga pertuturan. Kedua perkara berkenaan haruslah selari dengan baik agar satu suasana keharmonian dapat di lahirkan.

Lazimnya, seseorang yang memiliki adab yang baik walaupun berpengetahuan rendah sentiasa disanjung tinggi dan dihormati, berbanding yang memiliki ilmu pengetahuan luas, namun tidak mempunyai adab yang mulia.

Adab seseorang adakalanya dipengaruhi oleh faktor - faktor sekeling, seperti masalah kekeluargaan, tekanan, pengaruh media sosial dan rakan taulan serta lain - lain lagi.

Berdasarkan wikipedia, sdab (Bahasa Arab: أدب ) dalam konteks perilaku, perbuatan: kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, kemanusiaan. Sementara tafsiran skop dan perincian Adab mungkin berbeza dalam kebudayaan yang berlainan, kesamaan yang terdapat dalam tafsiran-tafsiran ini ialah penilaian keperibadian seseorang melalui kepatuhannya terhadap beberapa kod kelakuan. Justeru seseorang itu menunjukkan Adab dengan mempamerkan "pembezaan aturan, kelakuan, dan kepandaian membuat pilihan yang betul".

Sedangkan tafsiran dari lingkup adab dan fakta-fakta yang dapat bervariasi antara berbagai budaya, umum antara interpretasi ini adalah hal peribadi untuk berdiri melalui pengamatan tertentu contoh kod perilaku.



Ciri - Ciri Adab Yang Mulia



Lantaran daripada itu, ciri - ciri adab yang mulia dalam Islam memiliki aturan dan syariat yang melibatkan semua aspek kehidupan. Orang Islam melihat adab perilaku ataupun perbuatan contohnya seperti:

Adab sopan santun
Adab hormat-menghormati
Adab berpakaian (Jilbab, Hijab, Niqab)
Adab dalam keluarga
Adab ketika orang meninggal dunia
Adab memberi salam
Adab menepati janji
Adab mengucapkan selawat ke atas Nabi
Adab antara bukan mahram
Adab Menjalankan tugas
Adab bertutur sesama insan dan pencipta


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan