Aktiviti Di Hari Raya Aidiladha

Aktiviti Di Hari Raya Aidiladha

Hari raya aidiladha adalah satu perayaan yang diraikan sempena mengingati peristiwa Nabi Ibrahim as dan anaknya Nabi Ismail as.

Aidil bermaksud hari raya

Adha bermaksud korban




Aktiviti Di Hari Raya Aidiladha




Lazimnya, terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan sempena cuti umum hari raya aidiladha, antaranya;


  • Masak dan menjamu selera seisi keluarga
Di hari yang mulia dan teragung ini, sudah pasti sanak keluarga akan berkumpul antara satu sama lain. Oleh itu masaklah dan jamulah hidangan yang enak - enak dan makanlah bersama. Situasi sedemikian bukan sahaja menyeronokkan, malahan meningkatkan ikatan silaturrahim sesama keluarga dan insan.


  • Laksanakan sembelihan jika berkemampuan
Melaksanakan sembelihan adalah antara yang dilakukan semasa hari raya korban. Oleh itu jika berkemampuan maka lakukanlah serta libatkanlah dalam perkara teragung berkenaan. Dalam masa sama, sertai aktiviti korban di Masjid - Masjid dengan membantu dalam kegiatan sembelihan. Aktiviti gotong - royong berkenaan boleh meringankan tugas dan juga mengutuhkan lagi ikatan silaturrahim dengan lebih harmoni.


  • Duduk di rumah bersama sanak keluarga 
Di musim begini adalah peluang kepada ibu bapa yang sentiasa sibuk dalam kerja harian. Oleh itu, dengan cuti dan perayaan hari raya aidiladha, ia adalah satu peluang untuk berkumpul semua dan dalam masa sama mendekati anak - anak dengan baik khususnya pada tempoh masa yang lama. Di samping itu, ibu bapa dapat berinteraksi dengan anak - anak dan mengajar tentang perkara - perkara agama khususnya dan yang lain positif amnya.


  • Melakukan riadah secara harmoni
Di hari raya aidiladha dan bertepatan dengan musim cuti umum. Sesebuah keluarga berpeluang melakukan aktiviti riadah bersama keluarga ke tempat - tempat yang menarik, seperti kawasan pantai, taman permainan dan lain - lain lagi. Suasana keluarga harmoni dapat di bentuk dan diwujudkan dengan baik. Hal sedemikian, secara tidak langsung membantu institusi keluarga untuk terdedah kepada perkara kebaikan, dan seterusnya mengikis perkara - perkara negatif.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian