Hujung minggu atau sabtu ahad adalah waktu rehat yang di berikan kepada semua kakitangan awam dan swasta untuk merehatkan anggota badan fizikal dan mental, tatkala seharian bekerja.
Lazimnya, masyarakat di negeri ini akan melakukan pelbagai cara untuk memanfaatkan cuti di hujung minggu bersama sanak keluarga atau sahabat handai.
Berikut adalah antara aktiviti yang boleh dilakukan di hujung minggu, antaranya;
- Beriadah di pandai atau taman permainan
Melakukan aktiviti riadah seperti berkhelah atau bbq di kawasan pantai bersama keluarga adalah antara aktiviti yang menarik dan sangat bermanfaat. Ia bukan sahaja menyatupadukan silaturrahim di kalangan keluarga, mmalahan juga melegakan tekanan fizikal dan mental dengan berkesan.
- Duduk di rumah bersama keluarga
Duduk di rumah dengan melakukan aktiviti seperti menongon televisyen, berkaraoke dan sebagainya mampu mengeratkan dan mengakrafkan lagi ikatan silaturrahim di kalangan keluarga. Dalam masa sama, duduk di rumah juga dapat meningkatkan ilmu agama dengan lebih baik kerana aktiviti membaca al - quran dapat dilakukan bersama anak dan isteri dari masa ke semasa.
0 Comments