Bantuan Budi Sabah

Bantuan Budi Sabah

Bantuan budi sabah tahun 2022 kini boleh di nikmati oleh seluruh masyarakat di negeri ini. Bantuan ini memberi manfaat kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi


sumber: studentportal
Bantuan Budi Sabah


Jumlah Bantuan

Jumlah bantuan yang akan diterima pemohon yang layak menerima bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Peringkat Diploma / Asasi / Matrikulasi: RM1,500
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda: RM2,000


Syarat Permohonan

Pemohon yang ingin memohon BUDI perlu memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:


Permohonan terbuka kepada pelajar/pemohon yang akan melanjutkan pengajian ke Institut Pangajian Tinggi Awam atau Swasta Tahun 2022 untuk kemasukan kali pertama ke IPT di seluruh Malaysia (Sabah, Sarawak dan Semanjung Malaysia) dan diiktiraf oleh kerajaan.

Pemohon mestilah warganegera Malaysia berasal dari Negeri Sabah dan berumur tidak lebih 25 tahun.

Ibu dan bapa pemohon atau penjaga adalah tergolong dalam B40 dan M40.

Pemohon telah mendapat pengesahan kemasukan ke IPT.


Cara Memohon

Ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://budi.sabah.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Permohonan.
  3. Klik butang ‘Daftar’ di sebelah kanan paparan.
  4. Isi maklumat dengan lengkap dan klik dan klik butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.



Dokumen Yang Diperlukan

Salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa / penjaga).

Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa / penjaga.

Salinan slip gaji ibu bapa / penjaga (jika ada pekerjaan) atau surat pengesahan pendapatan daripada Pegawai Daerah / Ketua Kampung (disahkan benar oleh Majikan / Pegawai Daerah/Ketua Kampung).

Salinan slip keputusan SPM / STPM / STAM / Diploma.

Salinan Surat Tawaran kemasukan ke IPT pemohon.

Salinan muka depan penyata akaun pemohon.


Isi maklumat yang diperlukan.

Sediakan dokumen sokongan seperti yang dinyatakan di atas.

Setelah itu hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.


Permohonan atas talian (Online)



Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai BUDI, sila hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di talian 088-369 872.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan