Biodata Ahmad Maslan, Yb

Biodata Ahmad Maslan, Yb

Biodata Ahmad Maslan, Yb

Sepintas lalu,

Ahmad Maslan merupakan salah seorang Yb yang aktif dalam dunia politik tanah air. Beliau yang kini ahli kepada parti Umno tidak asing lagi di mata masyarakat tentang keperibadian serta di minati ramai.

Beliau yang juga berpengaruh dan petah berhujah telah memegang banyak jawatan tertinggi khususnya dalam areana dunia politik.

Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan Kerajaan Malaysia. Pada peringkat pusat parti, beliau ialah setiausaha agung UMNO dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO (dipilih),peringkat akar umbi pula; timbalan ketua bahagian UMNO Pontian. 



Biodata Ahmad Maslan, Yb




Maklumat diri.

Nama sebenar:
  • Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan 

Tarikh lahir:
  • 30 April 1966

Umur pada tahun 2022:
  • Parit Haji Yusof, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor. 

Pendidikan rendah:
  • Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubok Sipat, Benut, Pontian, Johor dan menjadi Tokoh Murid sebelum melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. 

Pendidikan menenggah:
  • Di peringkat sekolah menengah, beliau merupakan Pelajar Terbaik SRP dan Pembahas Terbaik Piala Perdana Menteri. 

Pendidikan tertinggi:
  • Belajar di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi & Sains Politik) dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Victoria, New Zealand (1986 - 1988). 
  • Ketika mengambil Sarjana Pentadbiran Perniagaan, (MBA), Universiti Kebangsaan Malaysia,  Malaysia (2001-2003) beliau menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik. Beliau menamatkan pembelajarannya di sana dengan CGPA 3.85.



Kerjaya

1989 hingga 1990: Pengurus Operasi Persatuan Pertubuhan Islam New Zealand, Wellington, New Zealand.

1991 hingga 1994: Penolong Pengarah Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri.

1994 hingga 1995: Setiausaha Sulit Kanan kepada Y. B. Dato' Mustapa bin Mohamed (Timbalan Menteri Kewangan).

1995 hingga 2000: Setiausaha Politik kepada YB. Dato' Mustapa bin Mohamed (Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi).

2000 hingga 2005: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Restu (Shah Alam, Melaka & P.Pinang).

2005 hingga 2008: Pengarah SERANTA (FELDA) Jabatan Perdana Menteri.
8 Mac 2008 hingga kini: Ahli Parlimen Pontian.

9 April 2009 hingga 14 Mei 2013: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

15 Mac 2013 hingga 2015: Timbalan Menteri Kewangan II Kerajaan Malaysia.

2015 hingga 9 April 2018: Timbalan Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa I Kerajaan Malaysia.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia