Biodata Lia Aziz, Artis
Sepintas lalu
Nur Aliah Faizana Abd Aziz merupakan salah seorang penyanyi wanita Malaysia. Memulakan kerjaya awalnya di media sosial, beliau menerima penghargaan meluas menerusi single sulungnya, "Kucu Kuca" yang dipilih sebagai lagu tema drama Rindu Awak Separuh Nyawa. Pada tahun 2022, beliau menjadi salah seorang peserta Big Stage musim keempat.
Maklumat diri.
Nama penuh:
- Nur Aliah Faizana Binti Abdil Aziz
Nama popular:
- Lia Aziz
Tarikh lahir:
- 27 Januari 2003
Umur pada tahun 2022:
- 19 tahun
Kerjaya/ pekerjaan:
- Penyanyi
Dalam keluarga:
- Merupakan anak kedua daripada tiga orang adik beradik
Tingkat pendidikan tertinggi:
- Diploma
Sejarah permulaan kerjaya.
Lia memulakan kerjaya muziknya pada usia 17 tahun dan sering menyanyikan lagu saduran popular di Instagram. Bakatnya menarik perhatian syarikat rakaman Rusa Music dan menawarkannya peluang menjadi penyanyi rakaman. Dalam temubual bersama Harian Metro pada Disember 2020, Lia berkata, video nyanyian yang pernah tular di media sosial ialah lagu "Empat Dara". "Pada mulanya, bimbang juga nak buat keputusan untuk menerima tawaran menjadi penyanyi kerana saya masih remaja dan kurang pengalaman. Ditambah, saya pun banyak menyanyi di Instagram sahaja," katanya.
Di bawah payung Rusa Music, Lia melancarkan single pertamanya, "Kucu Kuca" pada 24 Mac 2021 yang berkonsepkan pop, ciptaan vokalis kumpulan Azzara Band, Ejai Aziz. Lagu ini dipilih sebagai muzik tema untuk drama Rindu Awak Separuh Nyawa lakonan Shukri Yahaya dan Uqasha Senrose. Beliau kemudian melancarkan single keduanya, "Pergilah Derita" menampilkan duet bersama Asfan Shah. Lagu ini menjadi lagu tema drama Cukup Derita Itu lakonan Ruhainies dan Hisyam Hamid. wikipedia
0 Comments