Biodata M Nasir, Artis

Biodata M Nasir, Artis

Biodata M Nasir, Artis


Sepintas lalu,

Dato' Mohamad Nasir Mohamed atau lebih dikenali sebagai Dato' M. Nasir, dipahirkan pada tanggal 4 Julai 1957. Beliau ialah salah seorang penyanyi, penggubah lagu, pelakon, penerbit album, pengarah dan pelukis Singapura yang menetap di Malaysia.

Dikenali dengan gelaran sifu dalam industri muzik Malaysia, beliau memulakan kerjaya bersama kumpulan Kembara sebagai vokalis dan gitaris untuk tempoh singkat sebelum memulakan kerjaya muzik secara solo.


Maklumat Diri.

Nama penuh:

  • En. Mohamad Nasir bin Mohamed

Nama ada gelaran:

  • Dato' Mohamad Nasir Mohamed

Nama popular:

  • M. Nasir

Nama panggilan lain:

  • Sifu

Tarikh lahir:

  • 4 Julai 1957 

Umur pada tahun 2022:

  • 65 tahun

Kerakyatan asal:

  • Bukit Panjang, Koloni Singapura

Tingkat dan tempat pendidikan

  • Diploma Lukisan Barat
  • Akademi Seni Halus Nanyang

Pekerjaan

  • Penyanyi, penggubah lagu, pelakon, pelukis, penerbit album, pengarah

Pasangan hidup

  • Junainah Johari (k. 1981; m. 1998)
  • Marlia Musa (k. 2000)

Bilangan anak-anak

  • Mohd Ilham
  • Mohd Yasin
  • Mohd Hidayat
  • Mohd Shafie
  • Nurnilam Sari
  • Suci Musalmah



Biodata M Nasir, Artis



Kehidupan sejarah awal

Beliau merupakan anak keempat daripada 9 adik-beradik. Bapanya, Mohamed Sam berasal dari Pagoh, Muar, Johor bekerja sebagai pegawai bomba di Jabatan Bomba Singapura. Ibunya, Aishah Yahya ialah seorang suri rumah yang gemar berzanji dan mengaji. 

Selepas pemisahan Singapura daripada Malaysia pada 1965, keluarganya memutuskan untuk menjadi rakyat Singapura. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Kerajaan Bukit Panjang, kemudian melanjutkan pendidikan menengah di Vocational Institute Boys Town.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia