Biodata Nabi Adam A.S.
Sepintas lalu,
Nabi Adam A.S. merupakan nabi (utusan Allah SWT) dan juga manusia pertama yang bergelar khalifah serta dimuliakan dan ditinggikan darjatnya oleh Allah SWT. Nabi Adam A.S. juga adalah nabi pertama, baginda diutuskan kepada anak - anak dan cucunya agar menyembah Allah SWT. Namun demikian, ada dikalangan mereka yang patuh dan ada pula yang tidak.
Melihat pada kesunyian Nabi Adam A.S. maka kuasa Allah SWT menjadikan Hawa (perempuan) dari tulang rusuk Nabi Adam A.S. sebagai peneman.
Mereka pada mulanya ditempatkan di syurga tetapi telah diturunkan ke bumi bersama isterinya, Hawa kerana mengingkari perintah Allah.
Riwayat Hidup Nabi Adam A.S.
Setelah Allah s.w.t. menciptakan bumi, langit, malaikat-malaikatnya; Allah maha mencipta pula sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi serta memeliharanya.
Para malaikat ketika dikhabarkan oleh Allah SWT akan kehendak-Nya menciptakan makhluk itu, mereka risau sekiranya kehendak Allah SWT menciptakan makhluk yang lain itu akan menyebabkan kecuaian atau kelalaian mereka dalam ibadah dan menjalankan tugas atau kerana pelanggaran yang dilakukan oleh mereka tanpa disedari. Berkata mereka kepada Allah SWT.:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?"”[al-Quran 2:30]
Allah berfirman pada penghujung Ayat 30 Surah Al-Baqarah untuk menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu:
“Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"”[al-Quran 2:30]
Kemudian, diciptakanlah Adam oleh Allah s.w.t.dari segumpal tanah liat yang kering dan lumpur hitam yang berbentuk. Setelah disempurnakan bentuknya ditiupkanlah roh ciptaan Tuhan ke dalamnya dan berdirilah ia tegak menjadi manusia yang sempurna: wikipedia.
Kisah Nabi Adam A.S. Menghuni Syurga.
Nabi Adam A.S. diberi tempat yang istemewa oleh Allah di syurga dan baginya diciptakanlah Hawa untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupnya, dalam masa sama menghilangkan rasa kesepiannya dan melengkapi keperluan fitrahnya untuk mengembangkan keturunannya.
Menurut cerita para ulama, Hawa diciptakan oleh Allah SWT dari salah satu tulang rusuk Adam yang disebelah kiri pada waktu baginda masih tidur sehingga ketika baginda terjaga, baginda melihat Hawa sudah berada di sisinya. Landaran daripada itu, baginda disoal oleh malaikat:"Wahai Adam! Apa dan siapakah makhluk yang berada di sampingmu itu?"
Berkatalah Nabi Adam A.S.: "Seorang perempuan." Sesuai dengan fitrah yang telah diilhamkan oleh Allah SWT kepadanya."Siapa namanya?"tanya malaikat lagi."Hawa",jawab Adam."Untuk apa Tuhan menciptakan makhluk ini?",tanya malaikat lagi. Adam menjawab:"Untuk mendampingiku, memberi kebahagian kepadaku dan mengisi keperluan hidupku sesuai dengan kehendak Allah SWT."
Allah SWT berpesan kepada Nabi Adam AS:"Tinggallah engkau bersama isterimu di syurga, rasakanlah kenikmatan yang berlimpah-limpah didalamnya, rasailah dan makanlah buah-buahan yang lazat yang terdapat di dalamnya sepuas hatimu dan nafsumu. Kamu tidak akan mengalami atau merasa lapar,dahaga ataupun letih selama kamu berada di dalamnya. Akan tetapi janganlah engkau makan buah dari pohon ini yang akan menyebabkan kamu celaka dan termasuk orang-orang yang zalim. Ketahuilah bahawa Iblis itu adalah musuhmu dan musuh isterimu, ia akan berusaha memujuk kamu dan mengheret kamu keluar dari syurga sehingga hilanglah kebahagiaan yang kamu sedang nikmati ini."
Maklumat Diri Nabi Adam A.S.
- Tinggi Nabi Adam A.S Enam puluh hasta = 27432 meter
- Tempoh hayat hidup 930 tahun setelah penciptaan (sekitar 3760-2830 SM),
- Hawa lahir ketika Adam berusia 130 tahun.
- Surah yang mengisahkan Nabi Adam A.S. iaitu surah Al-Baqarah ayat 30-38 dan Al-A’raaf ayat 11-25.
- Anak-anak Adam dan Hawa dilahirkan secara kembar, yaitu, setiap bayi lelaki dilahirkan bersamaan dengan seorang bayi perempuan.
Isterinya Hawa beranak dan setiap beranak pastinya kbar. Berikut, nama - Nama Anak Nabi Adam A.S.
- Qabil dan Iqlima,
- Habil dan Labuda,
- Sith dan Azura,
- Ashut dan saudara perempuannya,
- Ayad dan saudara perempuannya,
- Balagh dan saudara perempuannya,
- Athati dan saudara perempuannya, Tawbah dan saudara perempuannya, Darabi dan saudara perempuannya,
- Hadaz dan saudara perempuannya,
- Yahus dan saudara perempuannya,
- Sandal dan saudara perempuannya,
- Baraq dan saudara perempuannya.
Demi kelansungan zuriat, Nabi Adam A.S. Mengkhawinkan anak lelakinya dengan anak perempuan yang tidak sekembarnya.
Kisah Nabi Adam A.S Dalam Kitab Suci Al - Quran
Kitab suci Al-Quran menceritakan kisah Nabi Adam A.S. dalam beberapa surah di antaranya surah Al-Baqarah ayat 30 sehingga ayat 38 sebagai berikut :
Ingatlah ketika Tuhanmu iaitu Allah SWT berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata:" Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau." Tuhan berfirman:"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui."
Dan Dia mengajarkan kepada Nabi Adam A.S. nama benda-benda, kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar."
Mereka menjawab:"Mahasuci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."
Allah SWT berfirman:"Hai Nabi Adam A.S. beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu Allah SWT berfirman:"Bukankah sudah Aku katakan kepadamu, bahawa sesungguhnya Aku mengetahui rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
Ciri - ciri Nabi Adam A.S.
- Berpengetahuan / berilmu
- Bersifat teruja dan ingin tahu
- Berkedudukan
- Memiliki rasa malu
- Panjang umur
Kisah Pergaduhan Dan Pembunuhan Pertama oleh manusia
Situasi berlaku, melihat kenyataan tersebut Qabil tidak terima, hingga suatu saat ia membunuh Habil, kisah ini diabadikan dalam Al qur an, agar menjadi pelajaran bagi umat manusia untuk tidak terperangkap dalam jebakan iblis.
"Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, yaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa; (Al-Maidah 5:27)
"Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu jadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi .(Al-Maidah 5:30). tokoh-ternama.
0 Comments