Biodata Sharifah Amani, Artis

Biodata Sharifah Amani, Artis

Biodata Sharifah Amani, Artis


Sepintas lalu,

Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya (lahir 10 Jun 1986) merupakan salah seorang artis pelakon wanita Malaysia. Amani memulakan kerjaya lakonan pada tahun 1992 menerusi watak sebagai kanak-kanak Palestin dalam filem Selubung arahan Shuhaimi Baba. Kejayaan beliau hadir menerusi filem Sepet dan membolehkan beliau menerima anugerah Pelakon Harapan Wanita di Festival Filem Malaysia ke-18.


Dalam pada itu, watak lakonan Amani sebagai Orked dalam filem Gubra telah melayakkan beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19. 



Biodata Sharifah Amani, Artis


Dalam salasilah keluarga, beliau merupakan anak kedua dari empat beradik yang kesemuanya perempuan, kepada pelakon veteran, Fatimah Abu Bakar. Adik - beradiknya termasuk kakaknya, Sharifah Aleya dan dua adiknya ialah Sharifah Aryana dan Sharifah Aleysha Amani, lebih mesra dengan panggilan Nani berketurunan Melayu-Cina-Arab-Bengali dan fasih berbahasa Melayu, Inggeris dan Hindi. 


Maklumat diri.

Nama penuh:

  • Sharifah Amani Binti Syed Zainal Rashid Al-Yahya 

Nama panggilan/ popular:

  • Nani

Tarikh lahir:
  • 10 Jun 1986

Umur pada tahun 2022
  • 36 tahun

Asal:
  • Petaling jaya, Selangor

Pekerjaan:
  • Pelakon
  • Pengarah
  • Pengacara

Selaon daripada itu, beliau yang sebagai seorang penulis remaja untuk ruangan YouthQuake New Straits Times, Amani membuat liputan tugasan untuk sidang media Shah Rukh Khan dan Juhi Chawla, konsert oleh bintang Bollywood, Deep Purple dan Anugerah IIFA ketiga di Genting Highlands. Beliau juga aktif dalam teater, telah berlakon sebagai Ophelia dalam teater Hamlet (2005) di The Actor's Studio, arahan Faridah Merican.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Maulana Tersohor Di Dunia