Haiwan sembelihan biasanya yang dikorbankan adalah berupa haiwan lembu, unta dan kerbau. Namun demikian, kebiasaan yang di korban khususnya pada musim hari raya korban adalah lembu dan unta.
Ada pun begitu, cara sembelihan haiwan mengikut syarak perlu dilakukan agar haiwan sembelihan agar ianya halal di makan.
Lazimnya, terdapat dua keadaan penyembelihan haowan korban iaitu penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa keatasnya dan penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya, seperti berikut;
- Penyembelihan ke atas binatang yang berkuasa (menangkap & menyembelih) ke atasnya.
Cara penyembelihan wajib memutuskan dengan sempurna urat HALKUM dan urat MARIH. (Urat Halkum ialah tempat salur nafas pernafasan dan urat Marih pula tempat salur makan dan minum.)
- Penyembelihan ke atas binatang yang tidak berkuasa ke atasnya.
Binatang yang merujuk kepada sukar ditangkap (buruan) atau binatang yang tidak dapat disembelih pada lehernya seperti sembelihan biasa. Situasa dalam keadaan seperti binatang yang terjatuh ke dalam perigi dan sukar dikeluarkan. Oleh itu, adalah memadai dengan melukakan mana-mana bahagian pada tubuhnya hingga mampu menyebabkan mati.
![]() |
sumber: islamituindah Cara Sembelih Haiwan Menurut Syarak |
Menurut Mazhab Syafi’e berpendapat dalam penyembelihan haiwan, hanya diwajibkan untuk memutuskan dua jenis urat iaitu urat halkum dan urat marih sahaja. Namun sunat hukumnya memutuskan 2 urat (salur) darah yang berada di kanan dan kiri leher binatang yang disembelih bagi mempercepatkan kematian.
Lafaz Niat Menyembelih Haiwan Sapi/ Lembu
- Nawaitu An Adzbaha haadzal baqarata lillahi ta’ala.
- Artinya : “Saya berniat menyembelih sapi / lembu ini karena Allah Ta’ala.”
Lafaz Niat Menyembelih Haiwan Kerbau
- Nawaitu An Adzbaha haadzal jamuusu lillahi ta’ala.
- Artinya : “Saya berniat menyembelih kerbau ini karena Allah Ta’ala.”
Lafaz Niat Menyembelih Haiwan Unta
- Nawaitu An Adzbaha haadzal jamala lillahi ta’ala.
- Artinya : “Saya berniat menyembelih unta ini karena Allah Ta’ala.”
Lafaz Niat Menyembelih Haiwan Ayam Jantan
- Nawaitu An Adzbaha haadzad dayka lillahi ta’ala.
- Artinya : “Saya berniat menyembelih ayam jantan ini karena Allah Ta’ala.”
Lafaz Niat Menyembelih Haiwan Ayam Betina
- Nawaitu An Adzbaha haadzal ganama lillahi ta’ala.
- Artinya : “Saya berniat menyembelih ayam betina ini karena Allah Ta’ala.”
Lain Pula Jika Ingin Melakukan Ibadah Korban, Bacaan Lafaz Korban
Sebenarnya tiada bacaan khusus untuk niat korban. Malah individu yang berkorban boleh menyebutkannya di dalam hati sahaja.
Sebagai contoh, “Sahaja aku melakukan korban sunat, kerana Allah Ta’ala”, di dalam hati.
0 Comments