Kesihatan rohani atau anggota dalaman tubuh badan manusia adalah sangat penting dan perlu di jaga agar ianya sentiasa kekal sihat.
Sebagaimana yang diketahui anggota dalaman tidak dapat dilihat secara terus menggunakan mata berbanding anggota fizikal atau jasmani luaran badan.
Oleh yang demikian, kekuatan rohani adalah sangat penting kerana jika ia sentiasa sihat secara automatik ia akan memberi kesan kepada anggota jasmani.
Rohani :
👉 anggota dalaman tubuh badan
Jasmani:
👉 anggota luaran tubuh badan
Berikut adalah cara semulajadi yang mungkin berguna dan bermanfaat di lakukan demi kesihatan anggota badan, antaranya;
- Tatapkan dalam diri dengan memilih warna biru atau hijau dalam kehidupan
Eroninya, warna biru dan hijau melambangkan ketenangan. Seseorang akan sentiasa berada dalam situasi ceria, harmoni atau erti kata lain cool. Mata, jiwa dan hati akan sentiasa tenang dan boleh berinteraksi dengan baik dalam apa juga situasi.
- Berada pada paksi yang seimbang atau neutral
Sentiasa meletakkan diri pada paksi yang seimbang adalah langkah bijak dan akan menerima satu perasaan yang dinamakan ketenangan. Maksud berada pada paksi seimbang iaitu, seperti bateri yang mana ada tanda positif dan negatif, maka letakkan diri di tengah - tengahnya. Erti kata lainnya, tidak terlampau buruk dan juga tidak terlampau baik, dalam masa sama, hati dan perasaan akan mampu menerima dengan sihat jika berada atau berhadapan dengan situasi baik atau buruk. Gejalah tekanan, kemurungan, kegembiraan dan lain - lain lagi dapat diterima dengan baik dan syukur.
- Tingkatkan amal ibadah dan doa
Senjata utama paling bernilai adalah sentiasa meningkatkan amal ibadah dan doa kepada Allah SWT. Sentiasa meningkatkan dan memajukan diri ke arah ibadah dan kebaikan adalah langkah bijak, serta memberi kesan sihat kepada rohani khususnya. Selain daripada itu, jangan dilupa agar sentiasa membaca kitab suci Al - Quran dan beramal. Doa adalah satu perkara atau perbuatan halus, namun memberi kesan positf, oleh itu sentiasalah berdoa kearah kebaikan dan pastinya doa yang baik akan mendapat ganjaran yang baik.
- Penjagaan dan pengawalan kaedah pemakanan
Pengawasan pemakanan adalah sangat penting kepada kesihatan anggota tubuh badan. Oleh itu, makanlah dan minumlah sesuatu yang telah ditetapkan dan halal. Dalam masa sama, mulakan dengan doa dan amalkan makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang, serta seimbang. Situasi pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan kerosakan anggota dalaman badan, seperti sakit perut, sembelit, dan lain - lain lagi.
0 Comments