Doa Sebelum Solat

Doa Sebelum Solat

Solat adalah tiang agama dan wajib dilaksanakan oleh mereka yang bergelar manusia di muka bumi ini. Selain daripada tersenarai dalam rukun islam, solat juga adalah satu jalan penyelesaian kepada ketenangan rohani dan kesihatan jasmani.

Lazimnya, seperti yang diketahui ramai gangguan syaitan dan iblis ada di mana - mana sahaja, baik semasa melakukan kerja harian dan juga semasa mendirikan solat. Gangguan demi gangguan sering terjadi melaui bisikan halus tanpa disedari. Oleh itu, maka sentiasalah berdoa sebelum memulai sesuatu kerja atau tugas harian.



Doa Sebelum Solat



Berikut adalah antara doa mustajab yang mudah di baca sebelum mendirikan solat agar khusyuk dan terhindar daripada gangguan makluk halus, antaranya;


  • Doa sebelum solat pilihan pertama.

رَبِّ أَعُوذُ بِكَ مِنْ هَمَزَاتِ الشَّيَاطِينِ وَأَعُوذُ بِكَ رَبِّ أَنْ يَحْضُرُونِ


Bacaan dalam bahasa arab latin;

"Robbi A'udzubika min Hamazatisy Shayaathiin, wa A'uudzubika Robbi Ayyahdhuruun"


Terjemahan:

Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari bisika-bisikan setan dan aku berlindung (pula) kepada Engkau ya Tuhanku, agar mereka tidak mendekatiku. (Surah Al-Mu'minun: 97-98)



  • Doa sebelum solat pilihan kedua.

Bacaan dalam bahasa arab latin;

Bismillahi muwajjihan li baitillahi muaddiyan li fardlillahi 'azza wa jalla.


Terjemahan:

Dengan menyebut nama Allah, dengan menghadap ke Baitullah dan menunaikan kewajiban kepada Allah 'Azza wa Jalla.


Doa Semasa Menuntut Ilmu


Lanjutan daripada itu, semoga para sahabat yang membaca dan mengamalkan doa ini akan sentiasa dipermudahkan urusan solatnya dan amal ibadahnya diterima Allah SWT.  Dalam masa sama, tergolong dalam kalangan orang - orang yang beriman. Aaminn.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan