Doa Untuk Ibu Bapa

Doa Untuk Ibu Bapa

Ibu dan bapa adalah insan yang teristemewa dan tanpa mereka tidak teratitlah hidup seseorang anak yang lahir di muka bumi ini.

Jasa dan pengorbanan mereka tidak ada tolok bandingnya. Seharian membanting tulang mencari rezeki demi anak - anak agar sentiasa membesar dengan baik, walau dalam keadaan susah ataupun senang.


Serangkap pantun untuk ibu dan bapa.

Ibu dan bapa ratu hatiku
Dikaulah jantung dikaulah idolaku
Terima kasih kerana jasamu
Moga sentiasa sihat dan syurga tempatmu


Cara mengenang atau membalas jasa ibu dan ayah:

  • Berikan kasih sayang yang positif dengan sentiasa senyum apabila berbual bicara dengan mereka
  • Membawa ibu dan bapa bersiar - siar di kawasan lapang atau kawasan riadah, serta menjamu makan secara bersama
  • Memberikan hadiah atay cenderahati setiap ulang tahun kelahiran mereka, 
  • Sentiasa mendoakan perkara - perkara kebaikan untuk ibu dan bapa dalam solat dan juga pada setiap hari 
  • Memberikan wang saku perbelanjaan untuk ibu dan bapa
  • Sentiasa menyokong dan memberi dorongan padu kepada tindak tanduk yang dilakukan oleh ibu dan bapa, jika ia memberikan kesan positif dan bermanfaat
  • Menjaga kesihatan khususnya dari segi makan dan minum mereka dengan lebih baik.


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ


Terjemahan: 

Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.

Riwayat Muslim (1631)



Berikut adalah antara potongan surah atau ayat yang mengatakan doa kepada ibu dan bapa, antaranya;


  • Doa Untuk Ibu Bapa, Pilihan Pertama.

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


Terjemahan: 

Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.

Surah Ibrahim: 41



Doa Untuk Ibu Bapa




  • Doa Untuk Ibu Bapa, Pilihan Kedua.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا


Bacaan dalam bahasa arab latin: 

Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro


Terjemahan: 

Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.

Ingatan bersama, doa pilihan kedua diatas dibacakan sekiranya bersendirian


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan