Erti Kejayaan Sebenar

Erti Kejayaan Sebenar

Kejayaan adalah satu pencapaian yang diperolehi atau dikecapi setelah berhempas pulas melakukannya.

Dalam erti kata lain, kejayaan juga merangkumi kepuasan yang di nikmati apabila sedaya upaya melakukan sesuatu mengikut kemahuan dan kehendak sendiri.


Kejayaan merangkumi pelbagai aspek, antaranya;
  • Kejayaan dalam perniagaan, yang mana hasil diperolehi berlipat kali ganda
  • Kejayaan dengan mendapat tropi atau piala hasil daripada perlawanan
  • Kejayaan kerana mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan
  • Kejayaan kerana memiliki harta berpinak - pinak

Namun demikian, sedarkah kita di sebalik kejayaan - kejayaan di atas dan yang lainnya terjadi daripada kejayaan utama, dan apakah itu kejayaan utama atau sebenar?

Mari kita renungkan sejenak dan kaji selidik dengan mendalam menggunakan taakulan akal fikiran. Persoalannya,
  1. Perlu tahu apakah fungsi manusia di ciptakan di muka bumi?
  2. Apakah yang tersirat disebalik mengecapi kejayaan berkenaan?



Erti Kejayaan Sebenar




Jawapan kepada erti kejayaan yang paling sebenar dan utama ada dua perkara, antaranya;

  • Pertama.
Kejayaan kepada agama, agama adalah tunggak kepada kehidupan manusia dan sebagimana yang telah di nyatakan bahawa, berpeganglah kepada dua perkara nescaya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab suci al- quran dan as- sunnah. Di samping itu, doa yang sentiasa dipanjatkan kepada akan memberi lebih keyakinan diri untuk berada pada paksi yang baik dalam mengecapi kejayaan - kejayaan yang lain.


  • Kedua.
Kejayaan kepada kesihatan, kesihatan adalah sangat penting baik kepada kesihatan jasmani dan juga rohani. Mana mungkin kita mengecapi kejayaan yang lain seandainya anggota tubuh badan tidak berada dalam keadaan sihat. Oleh itu, jagalah kesihatan anggota tubuh badan dalam dan luar agar dapat melakukan perkara - perkara yang lainnya dengan baik. 


Kesimpulanya, kejayaan kepada agama dan kesihatan adalah paling utama dalam meneruskan hidup dengan lebih baik. Oleh itu, tingkatlah amal ibadah dan jaga kesihatan dengan lebih baik setiap perlakuan yang dilakukan untuk mengapai kejayaan - kejayaan yang lain dapat dilakukan dengan baik dan teliti.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan