Jenis Dan Punca Pencemaran Alam Sekitar

Jenis Dan Punca Pencemaran Alam Sekitar

Pencemaran alam sekitar adalah satu kejadian berlaku disebabkan oleh sesuatu bendasing yang bersifatkan pencemar seperti bahan kimia, haba dan boleh memusnahkan serta memberi kesan negatif terhadap struktur atau ekosistem sesuatu tempat.



Terdapat banyak jenis - jenis pencemaran alam sekitat yang terjadi di sekeliling, antaranya;

  • Pencemaran udara,
Pencemaran udara adalah sitiasi di mana pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klorofluorokarbon (CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.

  • Pencemaran air, 
Pencemaran air terjadi disebabkan kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.

  • Pencemaran tanah, 
Pencemaran tanah berlaku apabila peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.

  • Pencemaran radioaktif,
Pencemaran radioaktif adalah satu pencemaran disebabkan pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling. 

  • Pencemaran bunyi,
Pencemaran bunyi disebabkan oleh kejadian bunyi mesin yang kuat sepert hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.

  • Pencemaran bau,
Pencemaran bau disebabkan oleh satu perbuatan yang boleh mencemarkan alam sekeliling dengan bau yang tidak disenangi sehingga memberikan kesan negatif kepada haiwan dan manusia.

  • Pencemaran cahaya 
Pencemaran cahaya terjadi disebabkan penyinaran (iluminasi) lebihan, lazimnya berlaku di kawasan bandar - bandar besar.

  • Pencemaran terma,
Pencemaran terma adalah perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dalam jana kuasa elektrik.

  • Pencemaran visual, 
Pencemaran visual adalah berpunca daripada pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampah terbiar dan papan iklan.



Punca - punca berlakunya pencemaran alam sekitar;
  • Semulajadi
Punca pencemaran yang pertama adalah disebabkan oleh situasi semulajadi, seperti ribut taufan, banjir, letusan gunung berapi dan lain - lain lagi. Situasi sedemikian boleh mengubah struktur alam dan menyebabkan pencemaran.

  • Perlakuan manusia
Punya yang kedua disebabkan oleh tindakan segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab atau prihatin terhadap alam sekitar, sebagai contoh membuang sisa toksik di sungai atau laut, membuat pembakaran hutan secara terbuka dan lain - lan lagi. Sotuasi sedemikian bukan sahaja memberi kesan negatif pada alam sekitar, namun juga kepada kesihatan manusia.


wikipedia

Jenis Dan Punca
Pencemaran Alam Sekitar




Kesimpulan.

Pencemaran alam sekitar perlula diselengara atay di utus dengan lebih sistematif, cekap, pantas dan berkesan agar suasana persekitaran kelihatan lebih bersih dan selamat di diami.

Kawasan yang tercemar boleh memberi kesan kepada struktur semula jadi alam, dan juga makluk di dalamnya seperti flora fauna.

Selain daripada itu, pencemaran juga boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia khusisnya untuk jangka masa panjang jika ia berlarutan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Mengikuti Pendidikan Sesat