Keburukan Mempersenda Agama

Keburukan Mempersenda Agama

Agama adalah sesuatu pegangan kepada kepercayaan setiap individu di muka bumi. Ia adalah garis panduan kepada kehidupan harian dengan lebih baik.

Seperti yang diketahui ramai, terdapat pelbagai agama yang sedia ada, baik agama islam, kristian, budha mahupun yang lainnya.

Oleh yang demikian, kepercayaan masing - masing adalah satu hak tersendiri dan perlulah menjaganya tanpa mempersenda samada secara sengaja atau tidak sengaja.



Erti Kata : Mempersendakan Agama

Mempersenda agama membawa maksud mempermainkan ajaran yang di anuti, ia meliputi semua tindakan sama ada melalui lisan atau perbuatan (fizikal) yang menyebabkan kepada merendahkan martabat.


gambar sekadar hiasan

Keburukan Mempersenda Agama




Berikut adalah beberapa keburukan mempersenda agama, antaranya;
  • Tidak mempunyai prinsip dan keyakinan kukuh terhadap agama yang di anuti.
  • Bersifat seperti tidak waras terhadap kepercayaan agama sendiri.
  • Mendapat kritikan negatif dari masyarakat sekeliling.
  • Boleh menimbulkan suasana perpecahan dan kemungkinan pergaduhan ummah atau kaum.
  • Mendapat balasan dunia dan akhirat sewajarnya.
  • Kehidupan akan kelihatan tidak tenang dan tenteram kerana di selubungi kegelapan.
  • Tersisi daripada masyarakat majmuk dalam perkara atau kegiatan sosial



Kategori Seseorang yang Bersifat Mempersendakan Agama (Khususnya dalam anutan agama islam) antaranya;
  • Musyrikin 
– Musyrikin adalah kaum yang menyekutukan Allah dan menentang agama tauhid 

  • Munafik 
– Munafik adalah orang yang menyembunyi kekufuran 

  • Murtad 
– Murtad adalah orang yang keluar daripada agama Islam 

  • ‘Asi 
– 'Asi adalah orang yang melakuan maksiat dan melanggar perintah Allah


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian