Keburukan Menghisap Vape

Keburukan Menghisap Vape

Vape adalah sejenis rokok elektronik yang mengandungi pelbagai perisa dan cara menggunakanya adalah perlu menghisap atau menyedutnya. Setelah menyedutnya, kepulan asap akan di hembuskan keluar semula dari rongga hidung dan mulut.

Rokok elektronik ini perlu di caj agar ianya dapat berfungsi secara baik. Perisa akan dimasukan ke dalam vape mengikut citarasa seseorang. Saiz dan rupa bentuk vape adalah pelbagai mengikut perekanya. Dalam pada itu, vape juga boleh menyebabkan ketagihan yang melampau jika cara pengambilannya tidak secara bijaksana.

Definisi menghisap : memasukkan sesuatu (ke dlm mulut atau hidung) dgn tarikan udara, menyedut masuk (ke dlm hidung atau mulut): dia ~ rokok; burung itu ~ manisan bunga; (Kamus Dewan Edisi Keempat).



Keburukan Menghisap Vape




Lazimnya, terdapat kesan negatif yang bakal di alami oleh individu yang menghisap vape, antaranya adalah;

  • Kesihatan
Kesihatan dalaman akan terkesan khususnya bahagian paru - paru dan juga rongga mulut. Kandungan bahan vape yang merbahaya boleh merosakkan anggota dalaman tubuh badan, 

  • Bau busuk
Badan pengemar vape akan berbau busuk mengikut jenis vape yang dihisap. Hal ini kerana asap vape yang dihembus akan melekat pada badan dan pakainnya, dan dalam masa sama ia memganggu deria hidung masyarakat di sekelilingnya.

  • Pencemaran
Pencemaran udara juga boleh terkesan apabila ramai yang menghisap vape. Kepulan asap yang di keluarkan atau di hembus ke udara, secara tidak langsung meninggalkan kesan buruk kepada alam sekitar khususnya kandungan oksigen yang di sedut.

  • Ketagihan
Pengemar vape juga boleh membawa kesan ketagihan berterusan yang tidak dapat di kawal. Situasi atau tabiat negatif seumpama ini boleh memberi kesan kepada kemerosotan ekonomi isi rumah dan seterusnya membawa kepada pergaduhan dan perceraian.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian