Keburukan Tayang Aset

Keburukan Tayang Aset

Anggota fizikal badan adalah aset yang tidak ternilai harganya, baik kepada kaum lelaki mahupun perempuan.

Aset anggota tubuh badan dari hujung rambut hingga hujung kaki adalah perlu dijaga agar ianya sentiasa sihat dan tidak sewenangnya diperlakukan oleh diri sendiri ataupun orang lain, apatalagi aset yang khusus atau sulit, melainkan telah mempunyai hubungan atau ikatan yang sah dari sudut hukum dan sentiasa menyembunyikannya.



Keburukan Tayang Aset 




Oleh yang demikian, terdapat banyak keburukan hasil daripada menayang aset anggota badan, antaranya;


  • Mendapat ganjaran dosa
Menayang atau menunjukkan atay pun memberi peluang orang lainnya memperlakukan aset secara fizikal atau melalui saluran digital adalah satu perbuatan buruk dan keji serta sia - sia mendapat ganjaran dosa. 


  • Penghinaan umum
Keburukan lainnya apabila menayang aset akan mencapat kecaman serta penghinaan negatif daripada netizen. Perbuatan aedemikian secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada anggota badan seperti perasaan malu dan tekanan.


  • Mempengaruhi masyarakat lain
Melalui dunia teknologi, perbuatan sedemikian juga akan menyumbang kepada perbuatan tidak bermoral dan boleh mempengaruhi masyarakat yang lain khususnya remaja atau kanak - kanak. Hal ini secara tidak langsung membantu kepada keruntuhan ummah.


  • Terjebak kepada perlakuan melampau
Perlakuan suka menayang aset anggota badan, berpeluang dan teruja serta terjebak kepada perbuatan yang lebih terlampau. Situasi berkenaan bukan sahaja hina dan jijik malahan boleh mendatangkan balasan Allah SWT seperti bencana alam, musibah penyakit dan lain - lain lagi.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian