Gotong - royong adalah salah satu aktiviti yang dilakukan secara berkumpulan dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Ia juga sering dilakukan apabila terdapat sesuatu perkara yang ingin dibuat seperti kenduri, keramaian dan lain - lain lagi. Aktiviti gotong - royong sangat popular di kawasan kampung atau luar bandar khususnya.
Terdapat banyak kelebihan aktiviti gotong - rogong yang boleh di nikmati, antaranya;
- Keakrafan ikatan silaturrahim
Aktiviti gotong - royong boleh menyumbang kepada keakrafan ikatan silaturrahim antara satu sama lain. Sifat - sifat terpuji dalam diri dapat disemai dan dibentuk dengan lebih baik.
- Kerja yang dilakukan dapat di sempurnakan dengan cepat
Melakukan kerja secara bergotong - royong boleh menyebabkan kerja dapat diselesaikan dengan ringan, mudah dan cepat. Dalam masa sama, kualiti kerja juga lebih bertambah baik kerana pendapat dapat dipelbagaikan dan dibentuk.
- Elak gejalah negatif
Aktiviti gotong - royong secara sihat boleh mengelak kepada gejalah negatif yang boleh menyebabkan perpecahan ummah seperti hasat dengki, pergaduhan dan lain - lain lagi.
- Menyatuhkan ikatan
Kegiatan atau amalan bergotong - royong di kalangan masyarakat, secara tidak langsung membawa kepada kenal mengenali antara satu sama lain. Lanjutan daripada itu, ia menyumbang kepada jodoh pertemuan dan seterusnya menyatuhkan ikatan yang halal dan baik antara satu keluarga dengan keluarga lainnya.
0 Comments