Mengetahui atau mempelajari pelbagai bahasa adalah satu langka bijak dan memperolehi banyak kebaikan. Ianya bukan sahaja pada diri sendiri malahan juga kepada masyarakat dan juga sesebuah organisasi tempat bekerja.
Kelebihan menguasai pelbagai bahasa, antaranya berikut;
- Berpengetahuan luas
Pengetahuan luas dapat di perolehi baik dalam negara mahupun luar negara.
- Tidak mudah tertipu
Sukar tertipu oleh pihak lain yang berniat jahat. Dengan pengetahuan pelbagai, perbualan dari pihak lain dapat difahami.
- Peluang pekerjaan
Mempunyai peluang luas kepada pekerjaan khususnya jawatan yang memerlukan khidmat pertuturan dengan pelanggan.
- Komunikasi mantap
Komunikasi atau pertuturan dapat dimantapkan dengan lebih effektif dan berkesan dari masa ke semasa.
- Perkongsian
Ilmu pengetahuan yang diperolehi dapat dikongsikan atau di ajarkan kepada keluarga khususnya dan juga umum.
0 Comments