Keris Senjata Unggul

Keris Senjata Unggul

Keris merupakan salah satu senjata unggul yang telah digunakan sejak zaman dahulu lagi. Ia bukan sahaja perhiasan, malahan digunakan sebagai mempertahankan diri daripada ancaman pihak musuh.

Lazimnya, saiz keris adalah berbeza - beza mengikut kehendak pembuatnya dan juga permintaan pasaran, ada yang panjang, sederhana dan ada juga yan pendek. Keris juga adalah alat yang melambangkan kepahlawanan seseorang. Ia sering di bawah ke sana ke mari demi senjata pelindung.

Zaman dahulu, keris di anugerahkan oleh kerabat tertinggi kepada seseorang kerana jasanya kepada sesuatu mukim berkenaan. Dalam erti kata lain, banyak kisah yang memaparkan dan mencerminkan ketinggihan serta keagungan keris, seperti cerita Hang Tua (keris taming sari, cerita Mat Kilau, dan lain - lain lagi.

Melihat pada fizikal sesebuah keris, ia berbentuk bujur lurus dan ada yang bengkang bengkok. Kretiviti seseorang dalam membuat keris bergantung kepada kemahuannya atau pelanggan dan juga melihat ciri - ciri sekeling. Manakala pemegangnya pula, adalah tidak selari dengannya, atau erti kata lain pemegangnya dibujukan ke bawah. Sarungnya pula adakalnya diselaraskan dengan fungsi keris berkenaan.

Selain daripada itu, keris juga mempunyai dua mata yang tajam iaitu atas dan bawah, serta bahagian hujungya nipis dan tajam seperi paku atau jarum. Keunikan keris bergantung pada coraknya, ukirannya, ketajamannya dan sejarahnya.



Keunikan keris bukan sahaja besinya malahan juga pada ukiran pemegang dan sarungnya. Setiap ukiran melambangkan sesuatu makna dan sejarahnya

Keris Senjata Unggul



Definisi (dbp) : Sebagai senjata bermata dua yg tajam (bilahnya lurus dan berkelok-kelok): Bugis, Majapahit dll; (anak) alang keris yang sederhana panjang bilahnya; berapit keris yg pd sarungnya dibubuhi dawai mas atau perak; berlok (berkeluk) keris yang berkeluk-keluk (tidak lurus) bilahnya; ~ cerita keris yang bilahnya berkeluk sembilan atau lebih; harubi merubi bawang sebongkol senjata keris yang berhulukan emas (khas utk raja-raja); pandak (pendek) keris yang pendek bilahnya; panjang keris yg panjang bilahnya; parung sari sempana keris yg bilahnya berkeluk tujuh atau kurang.





Ketahanan keris juga adalah berbeza, ia bergantung pada jenis besi atau logam atau campuran keduanya yang digunakan. Kepakaran seseorang dalam membuat keris, sudah tentu menghasilkan sesuatu keris yang tahan lama dan tajam.

Kemahiran seseorang bermain keris adalah satu kelebihan dan berupaya mempertahankan diri dari serangan musuh. Seni silat yang di gayakan mampu membuatkan seseorang kelihatan kebal, apatalagi memiliki keris sebagai tanda kepahlawanan.


Hari ini, keris semakin terknal, ia boleh diperolehi dari pelbagai sumber samada di tamu - tamu jualan, di kedai perkakasan, online dan lain - lain lagi, namun kualiti setiapnya adalah berbeza.

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan