Rasuah adalah satu perbuatan yang salah di sisi undang - undang dan wajar di kenakan hukuman.
Memberi dan menerima rasuah untuk mendapatkan sesuatu atau ganjaran boleh memberi kesan kepada pelbagai aspek, antaranya:
- Akhlak
Akhlak atau keperibadian seseorang akan luntur dalam mengalas sebagai khalifah di muka bumi ini. Kegagalan serta dosa yang diperolehi akibat melakukan rasuah akan membuat kehidupan sentiasa berada dalam kegelapan dan ketakutan.
- Denda
Memberi dan menerima rasuah akan mendapat habuan denda, samaada penjara, kompaun atau kedua - duanya sekali mengikut rang undang - undang serta kuasa mahkamah sesebuah negara berkenaan.
- Memakan rezeki haram
Rezeki yang diperolehi daripada perlakuan rasuah adalah haram apatalagi jika ia dinikmati secara sendirian atau bersama keluarga. Rezeki berkenaan akan memjadi darah dan daging dalam badan selamanya dari turun ke temurun.
Berdasarkan pada sumber Perbadanan Menteri Besar Kelantan (pmbk), di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'. Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Quran dan Hadis. Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." (Al-Baqarah : 188)
Disebutkan dalam hadis yang bermaksud: "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)" (Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih).
- Ekonomi
Kesan kepada ekonomi juga akan terbabit jika amalan rasuah di sesebuah negara berkenaan berleluasa. Pertumbuhan ekonomi akan tidak stabil, apatalagi sekiranya sesuatu projek yang di rancang tidak memenuhi spek yang ditetapkan atau langsung tidak dilaksanakan namun teransaksi pembayaran dan pembelian tetap dilakukan. Ia boleh menyebabkan pelabur asing tidak akan melabur dalam negara yang mana statistik rasuah adalah tinggi.
0 Comments