Keunikan Keris Pusaka Mat Kilau

Keunikan Keris Pusaka Mat Kilau

Sejarah keris Mat Kilau sememangnya banyak dan ia menjadi bahan kajian serta rujukan kepada para cendekiawan. Keris Mat Kilau adalah keris yang digunakan beliau untuk menentang penjajah pada ketika itu.

Beliau bersama rakan - rakan yang lain, bertungkus - lumus mempertahankan tanah air dengan menentang penjajah daripada memonopoli tanah air.


gambar sekadar hiasan

Keunikan Keris Pusaka Mat Kilau



Keistimewaan keris pusaka Mat Kilau adalah terletak pada fizikalnya yang mempunyai ciri-ciri keris Pahang. Ia merupakan sebuah keris lurus besi sebatang tanpa lok (lekuk) dan panjang bilahnya lebih daripada 14 inci.

Menurut Hj Mohd Al-Hamadi, keris itu telah ditanam oleh Mat Kilau di dalam sebuah tempayan, sebelum mengundur diri pada tahun 1894. Ia ditanam selama lebih 70 tahun dan diserahkan kepada menantunya, Haji Abu Bakar sebelum beliau mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau pada 26 Disember 1969.

Pada bahagian aring dan belalai gajah, logam perak telah ditanam dalam keris bagi menggerunkan orang yang mengamalkan ilmu kebal. Hulu keris Mat Kilau diperbuat daripada sumbu, manakala sampir dan batang serunai turut mempunyai ciri-ciri keris Pahang. Bilahnya juga ringan dan boleh dilenturkan. Selain serangan tikaman dan hiris, keris Mat Kilau turut digunakan bagi serangan berbentuk tebasan.

Terdapat banyak metos yang mengatakan tentang keris Mat Kilau, ada yang kata ia diperbuat daripada besi hijau dan sampir keris berkenaan menunjukkan ia adalah keris asli Pahang, ramai yang bagi komen dan membuat penelitian sedalam-dalamnya.

Mohd Alhamadi turut menceritakan kesukarannya untuk mendapatkan pembuat keris yang sanggup membuat replika keris berkenaan kerana tidak berani berikutan prestij bekas pemiliknya iaitu Mat Kilau sebagai seorang pahlawan negara.

Dalam banyak-banyak keris peninggalan Arwah Aki Mat Kilau , saya tertarik dengan keris Sepukal ini yang seakan Sundang. Keris ini asalnya kepunyaan Ayahandanya iaitu Tok Gajah dan diamanahkan kepada Mat Kilau ketika berusia 16 Tahun.

Keris ini adalah 100 peratus Keris Tempa Pahang yang biasanya digunakan untuk menusuk, menikam dan menghunus.

Keris Mat Kilau ini bukan sahaja untuk menikam, tapi boleh digunakan untuk menghiris kerana kedua mata bilahnya tajam.

sumber: bharian, watandaily dan sahih.com

Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan