Laluan Hijrah Nabi Muhammad Saw

Laluan Hijrah Nabi Muhammad Saw

Laluan hijrah Nabi Muhammad Saw adalah laluan perantis yang di lakukan sendiri oleh baginda agar tidak diketahui oleh yang lain, terutamanya para musuh yang menentang islam pada ketika itu. Laluan berkenaan adalah laluan yang digunakan baginda untuk menyibarkan syiar atau ajaran agama islam kepada pada masyarakat di tanah arab.


Garisan merah ialah laluan biasa kafilah dari dua tempat ini.

Garisan biru ialah laluan baharu yang Nabi rintis sendiri untuk elak dijejaki.

Teliti dan bandingkan. Ini belum tengok rupa bentuk muka bumi sebenar laluan yang direntasi Nabi. Amat sukar.


sumber jentik hati (instagram)

Laluan Hijrah
 Nabi Muhammad Saw


Selamat menyambut awal muharram bagi tahun 2022. 

Kronologi Hijrah Nabi, Tahun ke-14 kerasulan.


27 Safar,

- Jumaat. Nabi mula keluar dari rumah untuk berhijrah.


27-30 Safar.

- Jumaat hingga Ahad. Nabi bersembunyi di gua Tsur.


1 Rabiulawal.

-Isnin. Nabi mula bergerak ke Madinah.


8 Rabiulawal.

- Isnin. Nabi tiba di Quba'. Rehat beberapa hari di sini. Nabi bina masjid pertama.


12 Rabiulawal.

- Jumaat. Nabi teruskan perjalanan. Tiba di perkampungan Bani Najjar. Di sini Nabi menetap.

(Sumber: Kitab Al-Rahiq al-Makhtum)



Mungkin ada yang salah sangka: Nabi bukan berhijrah pada bulan Muharam ya.

Muharam hanya ditetapkan sebagai bulan pertama dalam kalendar hijrah sebagaimana Januari bagi kalendar masihi.



Semasa Berhijrah

1. Malam

11 orang Makkah sendiri menyepung rumah Nabi senyap-senyap untuk membunuh Baginda namun gagal. Pada malam itu jugalah Nabi keluar rumah untuk berhijrah.


2. Abu Bakar

Nabi terus ke rumah Abu Bakar. Pada malam itu juga mereka berdua keluar dari Makkah. Isteri dan anak-anak terpaksa ditinggalkan.


3. Gua Tsur

Pada malam itu juga Nabi dan Abu Bakar mendaki ke puncak Bukit Tsur untuk menyembunyikan diri di dalam sebuah gua. Bukit Tsur berbatu-batu sukar didaki, berketinggian 728 meter dengan masa pendakian sejam lebih.


4.  Tiga hari

Selama tiga hari Nabi dan Abu Bakar tinggal di dalam gua. Sepanjang tempoh itu puak Quraisy ke sana ke sini menjejaki. Mereka kebingungan. Selepas operasi pencarian reda, baru Nabi keluar untuk meneruskan hijrah.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan