Wilayah Persekutuan Labuan merupakan salah satu bandar yang mempersona. Kedudukannya yang terpencil dan bersebelahan dengan Borneo Sabah membuatkan Labuan sering dikunjungi para pelancong.
Terdapat banyak tempat - tempat menarik yang boleh di lawati di Labuan, antaranya, Bandar Labuan yang bersih, Masjid Jamek yang tersegam indah, Ujana Kewanga iaitu pusat mwmbeli belah, Taman Burung, Muzium Air Labuan, Pantai Damai, Universiti Kampus Antarabangsa Labuan dan lain - lain lagi.
Panorama Bandar Labuan |
Pulau Labuan boleh dikunjungi dengan menggunakan jalan udara iaitu Kapal Terbang dan juga feri, dari Kota Kinabalu ke Labuan atau dari Pekan Menombok ke Labuan.
Masyarakat di bandar berkenaan terdiri daripada kaum kadayan yang mana loghat percakapan mereka sama seperti masyarakat di Brunei dan Sipitang. Selain daripada peramah, mereka juga sangat mementingkan tatasusilah dan kebersihan. Oleh sebab itu bandar Labuan sentiasa kelihatan bersih dan indah.
Di Labuan juga terdapat banyak kedai - kedai yang menjual pelbagai barangan, khususnya coklat. Harganya yang berpatutan dan memberi kepuasan untuk membeli dan menjadi buah tangan apabila pulang ke negeri asal masing - masing.
0 Comments