Pendidikan adalah sangat penting dalam diri. Ia boleh diperolehi daripada dua sumber utama iaitu pendidikan secara formal dan tidak formal.
Perlunya pendidikan dalam diri adalah bertepatan dengan zaman moden yang di kecapi sekarang ini.
Lazimnya, pendidikan bukan pengukur kepada kerja yang di idam - idamkan oleh seseorang, malahan pendidikan adalah sesuatu jalan atau cara mendidik seseorang daripada tidak berpengetahuan kepada ilmuan.
Perlunya Pendidikan Dalam Diri |
Di samping itu, terdapat banyak kebaikan ke atas perlunya pendidikan dalam diri, antaranya;
- Melahirkan insan yang berilmu dan intelektual
Pendidikan sangatlah perlu untuk mewujudkan dan seterusnya melahirkan lebih ramai insan yang berilmu dan berintelektual dalam pelbagai bidang. Jika perkara sedemikian tercapai sudah tentu ramai yang pakar dan mencipta sesuatu perkara yang bermanfaat kepada semua, sebagai contoh hari ini dilihat insan yang berilmu mampu menciptakan bahan api, pengangkutan, pelbagai jenis makanan dan lain - lain lagi.
- Mengikis dan seterusnya memadam budaya gejala sosial yang tidak sihat
Seseorang yang mendapat pendidikan formal dan tidak formal akan mendorong dirinya kepada tidak melakukan perkara - perkara negatif atau tidak bermoral seperti jenayah pergaduhan, dadah dan sebagainya.
- Memajukan sesebuah negara
Pengetahuan yang meluas dalam sudut pendidikan seperti ekonomi, matematik, sains dan lainnya mampu mendorong seseorang membangunkan sesebuah negara dengan mampan dan berkesan.
- Mendapat darjat yang tinggi daripada masyarakat
Insan yang berilmu akan di sanjung dan di hormati oleh masyarakat lain. Sebagai contoh apabila mendapat gelaran atau pangkat professor, kedoktoran, datuk dan lain - lain lagi.
- Mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan
Insan yang berilmu lebih mudah bertutur dan berkomunikasi dengan masyarakat lain baik dalam negara mahupun luar negara. Pengetahuan pelbagai dalam berbeza aliran dalam satu ruang dan peluang untuk kejayaan diri dalam mencari pekerjaan. Hal sedemikian bukan sahaja kepada diri, malahan memberi kebaikan kepada pembangunan sesebuah organisasi.
- Dapat membentuk sesebuah keluarga dengan lebih harmoni
Sesebuah institusi yang baik, harmoni dan ceria sudah tentu dapat di bentuk dengan jayanya jika seseorang memiliki ilmu dalam pelbagai sudut. Masalah yang dihadapi akan mudah diselesaikan bersama dan pastinya akan memberi kesan kemenangan serta kebahagiaan bersama.
0 Comments