Plums Menyedia Saluran Kemasukan Terus Ke Ums

Plums Menyedia Saluran Kemasukan Terus Ke Ums

Universiti Malaysia Sabah (UMS) merupakan salah satu Universiti ke sembilan yang terdapat di Negara Malaysia. Panoramanya yang indah membuatkan Universiti ini seperti dalam taman.

Lazimnya dan seperti yang diketahui ramai untuk mengikuti pengajian di Universiti awam, calon - calon haruslah membuat permohonan melalui Unit Pengambilan Universiti (UPU) menerusi laman web mohe.

Namun demikian terdapat juga saluran khas yang disediakan oleh sesetengah Universiti yang mana permohonan boleh dilakukan secara terus ke Universiti berkenaan, cumanya mungkin terdapat perbezaan atau syarat tertentu yang telah ditetapkan.



Plums Menyedia Saluran Kemasukan
Terus Ke Ums



Melihat kepada Universiti Malaysia Sabah (UMS), dimana UMS juga menyediakan saluran kedua bagi memudahkan calon - calon yang berkelayakan untuk mengikuti pengajian di UMS. Saluran berkenaan di tadbir oleh Pusat Luar Universiti Malaysia Sabah (PLUMS).

Terdahulu, PLUMS adalah salah satu pejabat pentadbiran yang terletak di dalam UMS, selain daripada pejabat Bahagian Perkhidmatan Akademik (BPA) dan pejabat  Pusat Pengajian Pascasiswazah (PASCA) yang dipertanggung jawabkan untuk mengendali program - program Universiti melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat kepada semua lapisan masyarakat yang memiliki kelayakan dan berminat untuk meningkatkan pengajian di peringkat tertinggi.


Program - program yang ditawarkan PLUMS meliputi peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dan Ijazah Sarjana (Secara Kerja Kursus / Mod Campuran).

Konsep kuliah dilaksanakan secara fleksibel iaitu bersemuka pada hari sabtu dan ahad serta hari biasa sebelah malam adalah sangat berkesan dari segi pengaturan masa. Kaedah berkenaan memberi ruang dan peluang kepada mereka yang telah bekerja, namun masih boleh melanjutkan pengajian. Manakala calon tidak bekerja juga boleh memilih untuk mengikuti saluran ini,  dan kebaikanya dalam masa sama calon mempunyai ruang untuk mencari pekerjaan dan seterusnya membiayai kos pengajian sendiri.


Lanjutan daripada itu, berikut adalah saluran yang disediakan dan dikendalikan oleh PLUMS, antaranya;

1. Saluran ambilan terbuka UMS (SATUMS) peringkat Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Mod Sepenuh Masa
  • Kuliah secara bersemuka
  • Waktu kuliah hari biasa (isnin hingga jumaat) dan siang
2. Saluran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Mod Sepenuh Masa
  • Kuliah secara bersemuka 
  • Waktu kuliah hari sabtu dan ahad sebelah siang

3. Saluran ke peringkat Ijazah Sarjana ( Secara Kerja Kursus / Mod Campuran)

  • Kuliah bersemuka
  • Waktu kuliah hari sabtu dan ahad / hari biasa sebelah malam 



Cara permohonan atau kemasukan serta maklumat lanjut tentang program - program kendalian PLUMS !

Maklumat lanjut dari masa ke semasa boleh hubungi pejabat PLUMS, serta permohonan dan kemasukan mengikuti pengajian di UMS boleh di lakukan secara terus dengan melayari laman web PLUMS.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Mengikuti Pendidikan Sesat