Prinsip Rukun Negara

Prinsip Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia telah dibentuk pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara iaitu setahun selepas berlakunya tragedi 13 Mei 1969 yang menghancurkan perpaduan dan ketenteraman negara. Pakar Bahasa Melayu Prof Dato Dr Teo Kok Seong mengatakan bahwa sebenarnya prinsip-prinsip Rukun Negara sebenarnya diinspirasikan daripada lima prinsip Pancasila yang ianya lebih dahulu berjaya menyatukan kepelbagaian yang wujud di Indonesia. Wikipedia.


Tujuan perwujudan rukun negara.

Rukun Negara yang telah diwujudkan pada 1970 bertujuan untuk mencapai satu pegangan atau pengertian terhadap aspirasi nasional antara pelbagai kaum di Malaysia tanpa mengira asal usul dan keturunan masing-masing.


👉 Prinsip Rukun Negara, antaranya

1. Kepercayaan kepada Tuhan 

2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

3. Keluhuran Perlembagaan 

4. Kedaulatan Undang-Undang  

5. Kesopanan dan Kesusilaan 


Falsafah dan ideologi negara yang menjadi dasar kesatuan, perpaduan bangsa serta pedoman kepada kehidupan semua masyarakat pelbagai kaum dan budaya di negara.


Manfaat Di sebalik Rukun Negara.

  • Gejala sosial jenayah dapat di bendung 
  • Masyarakat majmuk bersatu padu dengan harmoni
  • Pendidikan formal dapat di bentuk dengan baik dan berkesan
  • Nilai - nilai murni dapat di terapkan dalam diri dengan baik
  • Sifat - sifat harmoni menjadi pembentuk dalam rohani serta jasmani
  • Kesetiaan dan keluhuran dapat di patuhi dengan baik dan bijaksana


Prinsip Rukun Negara




Peranan Prinsip Rukun Negara dalam Pembentukan Bangsa Malaysia, sewajarnya memberikan kesedaran buat pelbagai pihak bahawa usaha memelihara keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia perlu dijadikan agenda bersama oleh semua pihak terutamanya dengan memfokuskan idea dan gerak kerja yang lebih utama seperti pembasmian kemiskinan, peningkatan kualiti pendidikan dan keseimbangan ekonomi. Justeru, prinsip Rukun Negara dilihat sebagai asas yang ampuh bagi merealisasikan hasrat pembentukan Bangsa Malaysia, seterusnya memacu negara ke arah yang lebih berdaya saing dan berprestasi tinggi, bagi mendepani perubahan zaman yang lebih mencabar. researchgate.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan