Punca Kegiatan Rempit

Punca Kegiatan Rempit

Rempet adalah satu perbuatan dengan menunggang motosikal secara beramai - ramai dan melulu dengan kadar kelajuan yang maksimum. Ia dilakukan di jalan raya yang lurus dan kebiasannya di jalankan pada lewat malam. Anggota yang melakukan rempit adakalanya tidak memiliki dokumen lesen memandu yang sah. Situasi seumpama ini, adalah sangat merbahaya bukan sahaja kepada diro sendiri malahan juga kepada pengguna kenderaan yang lain.  

Lazimya, kenderaan motorsikal yang digunakan adakalanya di ubah suai agar ianya mempunyai kelajuan yang luar biasa. Dalam pada itu, ia juga menggunakan perkakas yang tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.

Masalah sosial seperti aktiviti pelumba haram adalah penunggang motosikal yang tidak bertanggungjawab atau lebih dikenali sebagai ‘mat rempit’ bukanlah merupakan sesuatu isu yang baru memandangkan gejala ini wujud sekian lamanya dijalan raya di negara kita. Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan motor kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia pada masa sekarang. Minah rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan atau teman wanita Mat Rempit.



Punca Kegiatan Rempit





Kegiatan rempit di kalangan remaja sering berlaku walaupun penguatkuasaan kerap dilakukan dan lebih mantap. Situasi sedemikian adalah berpunya daripada beberapa sudut atau aspek, antaranya;

  • Pengaruh rakan sebaya
Sifat remaja yang masih mentah tanpa pengetahuan dan pengalaman meluas menyebabkan diri remaja mudah terpengaruh rakan sebaya. 

  • Rasa ingin tahu 
Jiwa remaja yang ingin tahu menyumbang kepada berlakunya kegiatan rempit di jalan raya. Keghairahan serta keegoan yang menebal mendorong remaja khususnya untuk melakukan rempet walaupun ianya merbahaya. Sikap atau tingkahlaku serta ingin tahu dalam diri membuat gejala rempit sering kali berlaku.

  • Pengaruh alkohol
Pengaruh alkohol seperti arak juga salah satu penyumbang kepada gejala merempet di jalan raya. Seseorang di bawah pengaruh alkohol akan lebih agresif dan berani melakukan aksi rempet yang luar biasa semasa berada di jalan raya.

  • Masalah tekanan keluarga
Masalah keluarga seperti pergaduhan ibu bapa, perceraian dan lain - lain lagi boleh menyebabkan remaja terasa tekanan dan hilang arah tujuan serta pendidikan. Mereka lebih gemar keluar dari kemelut berkenaan dan mengikuti rakan - rakan untuk melakukan aktiviti keseronokan seperti merempit.

  • Tahap pendidikan seseorang 
Tingkat pendidikan yang kurang dalam diri remaja serta dorongan ibu bapa juga salah satu punya gejalah rempit berleluasa di jalan raya. Kekurangan pengetahuan dalam pelbagai bidang dan cabang menyebabkan remaja tidak mengetahui kesan melakukan kegiatan rempit.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan