Punca Seseorang Dibelenggu Hutang

Punca Seseorang Dibelenggu Hutang

Hutang adalah sesuatu benda atau objek berbentuk fizikal yang di pinjam daripada orang lain, seperti wang ringgit, emas dan lain - lain lagi yang mempunyai nilai tinggi. 

Ia terjadi melalui persetujuan kedua belah pihak dengan tujuan membantu meringankan beban kehidupan dan juga yang lainnya.


Punca Seseorang Dibelenggu Hutang




Punca seseorang dibelenggu hutang antaranya adalah berikut;

  • Sifat dan tabiat sendiri
Sifat dan tabiat yang tidak bertanggungjawab terhadap hutang yang telah dilakukan. Keinginan dan keutuhan membayar hutang semula tidak ada dalam diri, menyebabkan hutang di biarkan bertimbun tanpa di bayar semula. Tingkah laku seumpama ini, bukan sahaja mengundang kecelakaan pada diri sendiri malahan juga kepada keluarga serta menjejaskan ekonomi isi rumah.

  • Tidak membuat tabungan
Tabungan di peringkat awal tidak dilakukan lebih mampan sebagai persetiaan awal. Sifat boros dan tidak cekap mengurus wang pendapat sendiri, menyebabkan ekonomi isi rumah tidak dapat di atur dengan baik, dan membawa kepada keberhutangan dengan pihak lain. Tabungan secara rasmi atau tidak yang tidak dilakukan boleh membawa kepada kehidupan pada paras kemiskinan.

  • Kurang ilmu pengetahuan
Kurang ilmu pengetahuan dalam diri adalah salah satu faktor dibelenggu oleh hutang piutang. Tanpa ilmu khususnya pengurusan kewangan isi rumah boleh membawa kepada ketidak seimbangan ekonomi isi rumah dan seterusnya memaksa kepada keberhutangan kepada pihak ketiga. Ketiadaan ilmu pengetahuan mentadbir kewangan sendiri dan keluarga adalah kesan negatif yang boleh menyebabkan kepada pendapatan tidak dapat menampung belanja bulanan isi rumah dengan baik.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian