Servis Kenderaan Sebelum Perjalanan Jauh

Servis Kenderaan Sebelum Perjalanan Jauh

Kenderaan adalah salah satu kemudahan dan kehendak yang kini penting bagi memudahkan pergerakan antara satu kawasan dengan kawasan yang lainnya.
Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk memunggah barang - barang perniagaan dan juga barang keperluan. 

Oleh yang demikian, penyelengaraan kenderaan haruslah dilakukan bagi mengekalkan ketahanan dan kestabilan serta daya tahan bagi jangka masa yang lama. Dalam masa sama atas tujuan keselamatan.



Servis Kenderaan Sebelum
Perjalanan Jauh





Lanjutan daripada itu, berikut adalah antara beberapa bahagian utama kenderaan yang perlu di servis  dan ianya boleh dilakukan secara diy, seelum memulakan berjalanan khususnya perjalan jauh, antaranya;

  • Minyak pelincir
Memriksa minyak pelincir atau erti kata lainnya minyak hitam kenderaan adalah sangat penting. Ia perlu bagi mengekalkan kestabilan dan kelancaran silinder dalam enjin bergerak dengan baik dan lembut.

  • Radiator
Radiator perlu dipastikan tidak bocor dan mengandungi coolant yang mencukupi. Pastikan kandungan coolant adalah bersesuaian dengan enjen kenderaan. Elakkan atau jangan gunakan air atau tambahkan air. Sebenarnya, jika anda menggunakan air, yang boleh memberi kesan buruk pada enjin kenderaan anda seperti mudah berkarat dan tahan panas enjin lebih tinggi jika menggunakan air berbanding coolant.

  • Bateri
Jika kenderaan menggunakan bateri basah pastikan kandungan alkali bateris sentiasa pada paras yang ditetapkan. Ia sangat penting bagi memastikan bateri dan re- caj semula oleh alternater dengan baik. Namun jika anda menggunakan bateri kering, anda hanya memastikan selaput iaitu penutup bateri sentiasa ketat bagi mengelakkan haba atau wap terkeluat dari bateri dan boleh menyebabkan bateri mudah lemah kerana hilang caj. Dalam pada itu, pastikan juga kepala bateri mencengkap kuat dan sepenuhnya kepada bateri agar arus elektrik mengalir dengan baik ke seluruh badan kenderaan.


  • Cengkaman break
Break pad perlu juga di lihat akan ketebalannya dan cemgkamannya samaada kuat atau lemah. Jika ianya telah tipis dan lemak ada baiknya di ganti bagi mengelakkan sebarang musibah di perjalanan. Cengkaman break yang baik apabila kenderaan bergerak dan apabila break ditekan, kenderaan akan terasa terus perlahan dan struktur tayar serta badan kenderaan tidak bergegar.

  • Tayar
Ketebalan bunga tayar kenderaan haruslah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan jauh. Pastikan juga menggunakan getah tayar yang hidup (baharu) jangan gunakan tayar mati (iaitu tayar yang telah tamat tempoh). Adalah sangat bahaya jika menggunakan tayar yang telah mati, kerana ketahanan tayar adalah kurang khususnya pada jalan bertar pada cuaca panas. Tayar berkemungkinan akan kembung kerana tali pengikat di dalamnya akan putus dan boleh menyebabkan terus pecah, sitiasi berkenaan, boleh membawa kecelakaan, lebih - lebih lagi semasa kenderaan bergerak laju.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan