Syarat Haji Menurut 4 Mazhab

Syarat Haji Menurut 4 Mazhab

Pengertian haji adalah ziarah tanah suci dan merupakan salah satu rukun islam yang wajib ke atas ummat islam yang berkemampuan serta memenuhi syarat - syarat tertentu. Ibadah haji hanya boleh dilaksanakan di Kota Mekah dalam bulan haji. 

Pakaian yang di pakai adalah pakaian ihram iaitu kain berwarna putih. Ibadah haji merangkumi berikut;

  1. Ihram atau niat haji
  2. Wukuf di padang Arafah
  3. Tawaf (keliling ka’bah)
  4. Sa’I (berlari-lari kecil antara bukit safa dan marwah)
  5. Menggunting atau mencukur rambut
  6. Tertib


Definisi Haji Mabrur.

Haji mabrur bermaksud haji yang diterima. Ibn Kholawaih mentakrifkan al Mabrur sebagai al Maqbul iaitu "diterima". Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa)

Apabila merujuk kitab hadis yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meriwayatkan hadis-hadis daripada Abu Hurairah dan Aisyah tentang kelebihan "Haji Mabrur", Manakala Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab "Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan. Wikipedia.


sumber: umrah-ziarah

Syarat Haji Menurut 4 Mazhab



Lazimnya kemampuan menunaikan ibadah haji bukan sahaja merujuk kepada sumber kewangan, malahan aspek lain. Oleh itu berikut adalah antara syarat - syarat menunaikan haji mengikut empat mazhab yang utama antaranya:


Menurut Mazhab Hanafi:

  • Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  • Berakal: Orang gila tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  • Baligh: Kanak-kanak tidak wajib mengerjakan Haji. Haji kanak-kanak dikira sah jika dia mengerjakannya setelah mumayyiz. Walau bagaimanapun dia perlu mengerjakannya lagi selepas baligh kerana dia masih tidak terlepas dari kefardhuan Haji.
  • Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
  • Sihat tubuh badan.
  • Mempunyai bekalan yang cukup untuk menyara nafkah orang yang berada di bawah tanggungannya dan berkemampuan membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji hingga selesai dan pulang ke tanah air.
  • Aman perjalanan.


Manakala bagi perempuan pula ditambah:

1. Bersama suami atau mahram.

2. Tidak berada dalam idah cerai atau mati.



Menurut Mazhab Maliki:

  • Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  • Berakal: Orang gila tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  • Baligh: Kanak-kanak tidak wajib mengerjakan Haji. Haji kanak-kanak dikira sah jika dia mengerjakannya setelah mumayyiz. Walau bagaimanapun dia perlu mengerjakannya lagi selepas baligh kerana dia masih tidak terlepas dari kefardhuan Haji.
  • Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
  • Berkemampuan.


Manakala bagi perempuan pula ditambah:

Tidak disyaratkan bersama suami atau mahram bahkan dia boleh keluar untuk mengerjakan Haji apabila terdapat kawan perempuan yang boleh dipercayai samada muda atau tua.



Menurut Mazhab Syafie:

  • Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  • Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
  • Mukallaf.
  • Berkemampuan dengan syarat:

  1. Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
  2. Ada kenderaan pergi dan balik.
  3. Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
  4. Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
  5. Aman perjalanan.


Manakala bagi perempuan pula ditambah:

Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.



Menurut Mazhab Hambali:

  • Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  • Berakal: Orang gila tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
  • Baligh: Kanak-kanak tidak wajib mengerjakan Haji. Haji kanak-kanak dikira sah jika dia mengerjakannya setelah mumayyiz. Walau bagaimanapun dia perlu mengerjakannya lagi selepas baligh kerana dia masih tidak terlepas dari kefardhuan Haji.
  • Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
  • Berkemampuan.


Manakala bagi perempuan pula ditambah:

Bersama mahram (suami) atau mahram yang tidak boleh dikahwini.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan