Tip Gaya Hidup Selesa Di Bandar

Tip Gaya Hidup Selesa Di Bandar

Gaya hidup haruslah di selaraskan dengan tempat tinggal, baik tinggal di bandar mahupun di luar bandar atau kampung.

Perkongsian kali ini adalah menjurus kepada tip gaya hidup apabila tinggal di bandar khususnya di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor, Kota Kinabalu dan lain - lain lagi.

Kos sara hidup yang meningkat saban hari di ikuti dengan harga barangan sudah pasti membebankan dengan kadar pendapatan bulanan tidak dapat menampung.



Tip Gaya Hidup Selesa Di Bandar




Oleh yang demikian, berikut adalah beberapa tip yang boleh dilakukan apabila tinggal di kota bandaraya, antaranya;

  • Selaraskan ibangan pendapatan dengan perbelanjaan harian dan bulanan.
Keseimbangan adalah sangat penting, di mana, kenal pasti perbelanjaan harian dan bulanan dengan tingkat pendapatan. Pastikan kadar pendapatan mempunyai baki bersih setelah perbelanjaan di tolak. Baki bersih haruslah mencukupi dan menampung kos sara hidup hingga ke hujung bulan atau kepada gaji bulan berikutnya.

  • Elakkan berhutang atau meminjam semata - mata memenuhi kepuasan atau kehendak
Hidup di kota bandaraya haruslah bijak dan jangan mudah terpengaruh dengan hawa nafsu terhadap barang - barang yang dipamerkan depan mata. Elakkan diri daripada berhutang atau membuat pinjaman luar slip gaji untuk membeli barang - barang kehendak seperti perabot, perhiasan rumah, pakaian berjenama dan lain - lain lagi. Namun demikian, jika berkeperluan meminjam, pastikan pinjaman yang dilakukan adalah pada pinjaman berdaftar sahaja, iaitu pinjaman di institusi perbankan berdaftar melalui potongan gaji atau bayar secara konsisten.

  • Lakukan kerja tambahan atau pendapatan pasif
Jika gaji bulanan tidak dapat menampung kos sara hidup bulanan, maka lakukan kerja tambahan seperti bekerja sebagai pemandu e-hiling secara separuh masa, atau food panda. Langkah sedemikian membantu meningkatkan kadar pendapatan dan seterusnya mengelakkan daripada di kelilingi hutang.

  • Amalkan menabung atau menyimpan secara perlahan
Lakukan sifat menabung sacara sederhana mengikut kemampuan, sebagai contoh membuat tabungan RM10.00 sebulan. Perbuatan sedemikian, bukan sahaja baik malahan langkah bijak dan mampu menampung serta melindungi di waktu - waktu memerlukan atau kesempitan.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan