Biodata Abdul Hamid Bador
Sepintas lalu,
YDH KPN Tan Sri Dato' Seri Panglima Abdul Hamid bin Bador merupakan mantan Ketua Polis Negara Malaysia yang ke-12. Beliau sebelum ini pernah menjadi sebagai Timbalan Ketua Polis Negara dan Pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau yang hampir 40 tahun berkhidmat dalam PDRM, pernah dianugerahkan Bintang Bhayankara Nararya, bintang kepahlawanan tertinggi daripada kerajaan Indonesia selepas membantu kerajaan dan pihak berkuasa Indonesia melumpuhkan kegiatan pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan elemen pengganas DAESH.
Maklumat Diri.
Nama penuh dengan gelaran:
- Yang Dihormati Tan Sri Dato' Seri Panglima
- Abdul Hamid Bador
- PMN, PSM; SPTS (Perak); SSNS (NS); DPPN (PP); DPNS (NS); DIMP (Pahang); JMN
Tarikh lahir:
- 7 Ogos 1958
Umur pada tahun 2022:
- 64 tahun
Asal:
- Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu
Pasangan hudup pertama:
- Puan Sri Nor Azrin Marzuki
Pasangan hidup kedua:
- DSP Puan Sri Fazreena Abdul Karim (kini)
Pekerjaan
- Pegawai polis
Nama bapa:
- Konstabel Bador Ijoh
Sejarah Mendapat Pendidikan
Disebabkan tugas bapanya itu, Abdul Hamid terpaksa berpindah sekolah bermula dari Sekolah Rendah Inggeris (Sekolah Rendah Sinaran Budi) di Rawang, Selangor, pada 1965 sebelum menyambung darjah dua di Sekolah Rendah Inggeris (kini Sekolah Kebangsaan Jerantut) Jerantut, Pahang dari 1966 hingga 1970; Sekolah Menengah Sulaiman, Bentong, Pahang (1971-1976); Sekolah Menengah Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan pada 1977.
0 Comments