Biodata Nazim Othman, Artis

Biodata Nazim Othman, Artis

Biodata Nazim Othman, Artis


Sepintas lalu,

Nazim Othman merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau pertama kali muncul dalam drama Frontpage pada 2008. Memulakan kerjaya awal sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia, beliau popular dalam drama bersiri Dejavu di Kinabalu, Kau Yang Terindah, Epilog Cinta Khirana dan Sangkar. Sepanjang kerjaya lakonannya, Nazim diketahui banyak menumpukan perhatian kepada drama TV dan tidak memilih untuk berlakon dalam filem cereka.

Beliau sentiasa mencari ruang dan peluang dengan melakukan perkara - perkara yang bermanfaat menonjol kepada peragaan fesyen atau gaya pakaian serta penampilan moden dan memuat naik di platformedia sosialnya untuk perkongsian ilmu bersama peminatnya.


Dalam aspek kehidupan berkeluarga, beliau berkahwin dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016, namun mengumumkan perceraian mereka pada 17 Mei 2018. Dalam pada itu, Nazim ialah peminat tegar penyanyi Dato' Sri Siti Nurhaliza.


Maklumat Diri.

Nama penuh:
  • Nushrul Alif bin Othman

Nama popular:
  • Nazim Othman

Tarikh lahir:
  • 16 September 1984 

Umur pada tahun 2022:
  • 38 tahun

Asal
  • Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia

Tingkat Pendidikan:
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Pekerjaan:
  • Pelakon, model, pengacara, penyanyi

Tahun aktif:
  • 2004–2007 (sebagai pramugara)
  • 2008–kini (sebagai pelakon)

Pasangan hidup:
  • Bella Dally (k. 2016; c. 2018)


wikipedia

Biodata Nazim Othman, Artis




Sejarah Kerjaya awal

Awalnya, sebelum memulakan kerjaya lakonan, Nazim Othman pernah bertugas sebagai pramugara di Penerbangan Malaysia selama empat tahun. Selepas meninggalkan kerjayanya di awan biru, Nazim mula berkecimpung dalam bidang lakonan. Penampilan televisyen pertamanya ialah menerusi peranan kecil dalam drama Frontpage.

Pada tahun 2017, Nazim memulakan kerjayanya dalam bidang muzik dengan merakamkan single pertama, "Kerana Cinta" hasil nukilan Hael Husaini. Ia dikeluarkan pada April 2017.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Keburukan Perceraian