Biodata Rasulullah SAW

Biodata Rasulullah SAW

Biodata Rasulullah SAW


Sepintas lalu,

Rasulullah SAW merupakan salah seorang Nabi dan Rasul terakhir utusan Allah SWT yang memiliki sifat - sifat terpuji dan banyak kelebihan. Baginda telah banyak membawa ajaran agama islam ke serata tempat melalui hijrahnya. Sepanjang penyebaran dan dakwah, Rasulullah SAW tidak terlepas daripada pelbagai macam cabaran dan dugaan.

Dalam pada itu, Rasulullah SAW juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung Arab kepada satu tatanegara di bawah kepimpinan Islam. Baginda dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.

Dilahirkan di Kota Makkah, iaitu Semenanjung Arab, baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib. Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Keluarga baginda mengamalkan ajaran hanif yang dibawa dari Nabi Ibrahim AS.



Biodata Rasulullah SAW




Definisi Rasulullah: Gelaran khas bagi Nabi Mu-hammad SAW. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Maklumat Diri.

Nama sebenar:

  • Muhammad bin Abdullah
Nama penuh:
  • Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

Nama ada Nabi / Rasul:

  • Nabi Muhammad SAW
  • Rasulullah SAW

Nama lain:

  • Al-Amin, As-Saadiq, Rasul Allāh dan Abu al-Qasim

Tarikh kelahiran dan tempat:

  • 12 Rabiulawal Tahun Gajah (20 April 571)
  • Mekkah, Semenanjung Arab (kini Arab Saudi)

Tarikh meninggal dunia:

  • 8 Jun 632
  • Madinah, Semenanjung Arab (kini Arab Saudi)

Sebab kematian:

  • Sakit (demam panas)

Tempat dikebumikan:

  • Makam di Masjid Nabawi, Madinah

Terkenal kerana:

  • Islam


Nama Pasangan:

  • Khadijah binti Khuwailid (555-619)
  • Saudah binti Zam'ah (619-632)
  • Aisyah binti Abu Bakar Al-Siddiq (619-632)
  • Hafsah binti Umar Al-Khattab (624-632)
  • Zainab binti Khuzaimah (625-627)
  • Zainab binti Jansyin (627-632)
  • Juwairiah binti Al-Harith (628-632)
  • Ramlah binti Abu Sufian (628-632)
  • Hindun binti Abi Umaiyah (629-632)
  • Raihanah binti Zaid (629-631)
  • Safiyah binti Huyay (629-632)
  • Maimunah binti Al-Harith (630-632)
  • Maria al-Qibtiyyah (630-632)


Nama Ibu dan bapa:

  • Ayah: Abdullah bin Abdul Muttalib
  • Ibu: Āminah bt Wahab


Nama Saudara:

  • Ahlul Bait
Nama Saudara Sesusu Rasullullah SAW
Ibu susuan Rasullullah SAW
  • Thuwaibah al-Aslamiah
  • Halimatus Sa’diah
 

Nama Saudara Susuan Rasullullah SAW
  • Hamzah
  • Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
  • Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthalib
  • Abdullah bin Harith bin Abdul Uzza
  • Syaima binti Harith bin Abdul Uzza
  • Aisyah binti Harith bin Abdul Uzza






Cabaran - Cabaran Yang Dihadapi Rasulullah SAW Semasa Memyebarkan Ajaran Islam.

Apabila Rasulullah SAW menyeru manusia ke jalan Allah SWT, tidak ramai yang mendengar seruannya. Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zaid dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya, dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama datuk nenek mereka.

Semangat penganut Islam meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam. Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan, Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin Nufail dan ramai lagi.

Akibat cabaran dari masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya, disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.


Sifat - Sifat Mulia Rasulullah SAW yang patut di ikuti, antaranya;

  • Rasulullah SAW tidak pernah mencela makanan sekali pun. Apabila beliau berselera, beliau memakannya. Apabila beliau tidak suka, beliau pun meninggalkannya 
  • Jika menghadapi perkara sulit, beliau bergegas sholat
  • Beliau tidak pernah diminta sesuatu lantas ia menolaknya kecuali karena beliau diminta untuk berbuat dosa
  • Perlakuan bodoh yang ditujukan kepadanya justru membuatnya semakin bijak dan dewasa
  • Beliau bercelak dengan istmid setiap malam tatkala menjelang tidur 
  • Jika pergi tidur, beliau menghadap ke sisi kanan 
  • Sosok yang tak pernah marah dan paling gampang suka cita 
  • Rasulullah SAW akan diketahui kehadirannya karena aromanya yang wangi
  • Apabila bertemu dengan sahabat, beliau berjabat tangan 
  • Kedua mata beliau tidur dan hatinya tidak tidur 
  • Beliau menyukai madu dan manisan 
  • Jika diberikan susu, beliau mengatakan satu berkah 
  • Nabi berwudhu sebelum tidur 
  • Setiap malam, Rasulullah saw melakukan sholat Witir.



Pesanan terakhir Rasulullah SAW (Isi khutbah terakhir Muhammad)

Ketika Muhammad mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Muhammad itu ialah:

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.


Post a Comment

0 Comments

Featured Post

Manfaat AI Dalam Pendidikan