Biodata Zarina Zainuddin, Artis
Sepintas lalu,
Zarina Zainuddin merupakan salah seorang artis yang proaktif dalam dunia lakonan. Lakonanya yang bersahaja dengan penampilan watak garang dengan raut wajah serta gaya yang matang, membuatkan setiap watak yang di bawanya tidak mengecewakan para peminat.
Beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yaakub, Bota Kanan, Perak. Beliau juga merupakan anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan namun membesar di Parit, Perak dan juga kakak tiri kepada pelakon wanita era 90-an iaitu arwah Lyana Sulaiman.
Makkumat diri.
Nama penuh:
- Pn. Nur Zarina binti Mohd Zainuddin
Nama panggilan:
- Zarina
Tarikh lahir:
- 24 Disember 1970
Umur pada tahun 2022:
- 52 tahun
Asal:
- Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Pekerjaan:
- Pelakon
Pasangan hidup:
- Dato' Sri Dr. Abu Raihan Wan Jaafar (k. 1993)
wikipedia Biodata Zarina Zainuddin, Artis |
Sejarah kerjaya awal:
Beliau memulakan kerjayanya pada 1989 apabila menjadi salah seorang peserta pertandingan pencarian wajah dan memenangi tempat ketiga. Lakonan pertamanya ialah menerusi filem Sumpahan Berdarah yang dikeluarkan pada tahun sama. Zarina telah membintangi filem-filem termasuk Momok Jangan Panggil Aku (2011) dan Girlfriend Kontrak (2015). Antara drama lakonan beliau ialah Kisah Kaisara, Gerak Khas, Teduhan Kasih, Surah Buat Maisara dan Halalkan Hati Yang Ku Curi.
Minat Zarina terhadap bidang seni muncul kerana kerap membaca majalah hiburan dan majalah remaja sehingga menerbitkan perasaan teruja untuk menjadi artis ketika beliau masih muda. Bagi merealisasikan impiannya itu, beliau telah menyertai pertandingan pencarian wajah yang dianjurkan sebuah majalah popular. Impian beliau semakin menjadi kenyataan selepas beliau memenangi tempat ketiga pada pertandingan akhir siri pencarian wajah itu.
0 Comments