Amarah yang marah akan terjadi dan berlaku di luar kawalan secara tidak sengaja dan boleh menimbulkan pergaduhan serta pembunuhan. Situasi marah berlaku apabila adanya bertelingkahan antara satu sama lain.
Selain daripada itu, kemarahan akan lebih memuncak apabila hasutan makluk halus yang menusuk ke dalam jiwa tanpa dapat di kawal dengan sebaiknya.
Lazimnya, terdapat banyak cara yang boleh digunakan untuk memgawal amarah yang marah, antaranya adalah berikut;
- Elakan daripada bersifat tersentuh atau mudah terasa
Cara kekal sihat dan mengawal kemarahan adalah amalkan agar tidak mudah tersentuh dengan apa sahaja godaan dan cobaan makluk luar, baik manusia ataupun lainya. Hal ini lerana, sebagaimana yang diketahui tidak ada seseiapa yang lebih di utamakan melainkan Allah SWT. Dalam erti kata lain memdahulukan Allah SWT berbanding yang lain. Sifat tidak mudah tersentuh mampu memberi kesihatan rohani dengan baik.
Meletakkan diri pada paksi yang seimbang adalah langkah bijak. Ia bukan sahaja membawa kepada kesihatan rohani dan jasmani, namun mampu meningkatkan kematangan serta kebijaksanaan dalam bergaul atau bersosi dengan masyarakat.
- Lakukan zikir dan istigfar
Zikit dan istigfar dengan mengingat Allah SWT adalah satu cara memgelakkan sifat marah. Mengingati akan kebesarannya mampu meredahkan kemarahan daripada negatif kepada positif. Perbuatan sedemikian bukan sahaja baik, malahan mampu menyumbang kepada ketidak bergaduhan antara ummat. Keakrafan hablum minannas dapat di tingkatkan dengan harmoni.
- Berdoa
Doa adalah senjata paling halus, namun sangat berbisa ketajamannya. Ia bukan sahaja tidak dapat di lihat dengan mata kasar, malahan mampu memgubah sesuatu kepada kebaikan. Oleh yang demikian, tingkatkan kesunguhan untuk berdoa apabila beradalah dalam situasi marah. Dalam masa sama, lakukan sifat sabar dan sentias berdoa kepada Allah SWT agar terhindar daripada sifat - sifat negatif seperti marah.
0 Comments